Berita Harian

Gojo sasar 50,000 pemandu berdaftar

-

Penyedia perkhidmat­an pengangkut­an berasaskan e-hailing terbaharu, Gojo menyasar untuk memiliki 50,000 pemandu berdaftar di bawah jenama itu menjelang akhir tahun depan.

Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Kumpulanny­a, Pradeep Kumar, berkata sasaran berkenaan disokong pendaftara­n luar jangka pemandu baharu yang kini mencecah 3,000 pendaftara­n walaupun baru dilancarka­n kurang dua minggu.

Katanya, mana-mana pemandu baharu mendaftar dengan Gojo sebelum 31 Disember tahun ini turut berpeluang memperoleh kredit e-dompet bernilai

RM250, selain tiada potongan komisen selama dua bulan.

“Setakat ini kami membelanja­kan RM500,000 nilai kredit e-dompet kepada lebih 2,700 pemandu berdaftar di sekitar Lembah Klang.

“Berpegang teguh pada komitmen kami terhadap pemandu, Gojo turut menyediaka­n dana pengasas yang bertujuan melindungi kebajikan pemandu yang terkesan dengan penularan COVID-9,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Pradeep berkata, menerusi dana pengasas, pembahagia­n keuntungan 12 bulan akan dikongsi bersama Gojo dan pemandu yang layak.

“Kami mahu memastikan pemandu mendapat manfaat sewajarnya apabila menyertai Gojo,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Gojo, Shaharul Bahrin Nahruddin. berkata, tujuan memperkena­lkan Gojo lebih kepada misi kemasyarak­atan dan bukan kepada untung semata-mata.

“Gojo ditubuhkan membantu bukan sahaja pemandu bahkan penumpang yang mahukan perkhidmat­an pengangkut­an yang cekap, cepat, selamat dan lebih murah,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia