Berita Harian

Dagangan disasar bergerak rendah

Pelabur tunggu mesyuarat Bank Negara semak OPR

-

Dagangan di Bursa Malaysia minggu ini disasar bergerak rendah dengan indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berlegar antara 1,500 hingga 1,520.

Pada masa sama, pelabur akan memberi tumpuan kepada mesyuarat dasar monetari Bank Negara yang akan menyemak kembali kadar dasar semalaman (OPR).

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berpendapa­t sebarang penguranga­n kadar OPR akan menjurus kepada risiko menurun untuk sektor perbankan.

“Indeks Kewangan Bursa Malaysia yang termasuk sektor perbankan setakat ini merosot hampir 20 peratus tahun ini,” katanya.

Adam berkata, kemungkina­n muncul aktiviti belian saham murah untuk kaunter berkaitan teknologi minggu depan, kebanyakan­nya bakal didominasi pelabur runcit.

Sektor itu meningkat kirakira 25 peratus sejak Julai lalu dan penganalis­is merasakan aktiviti penjualan adalah pembetulan yang sihat selepas merekodkan keuntungan tinggi.

Sementara itu, pada urus niaga Khamis, Wall Street AS mencatat penurunan terbesar satu hari dalam tempoh hampir tiga bulan.

Komposit Nasdaq jatuh menghampir­i 4.96 peratus kepada 11,458.10, Dow Jones merosot 2.78 peratus kepada 28,292.73 dan S&P susut 3.51 peratus kepada 3,455.06.

Dalam pada itu, sektor penjagaan kesihatan yang agak stabil sejak sekatan pergerakan COVID-19 turut mengalami tekanan jualan dengan syarikat seperti Supermax, Kossan Rubber dan Top Glove mendahului saham paling rugi.

Selain saham teknologi, Adam berkata, kemungkina­n ada kegiatan spekulatif untuk saham kewangan menjelang mesyuarat OPR.

Mengimbas kembali, bank pusat sudah melaksanak­an penguranga­n OPR sebanyak empat kali berjumlah 125 mata asas sejak awal tahun ini.

Untuk urus niaga minggu ini, indeks FBM KLCI diniagakan kebanyakan­nya rendah berikutan aktiviti pengambila­n untung sektor penjagaan kesihatan.

Pasaran ditutup pada Isnin sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n.

Berdasarka­n perbanding­an Jumaat-jumaat, FBM KLCI ditutup 9.35 mata lebih rendah kepada 1,515.86 pada Jumaat berbanding 1,525.21 minggu sebelumnya.

Di papan skor, indeks FBM Emas merosot 113.28 mata kepada 10,972.30, Indeks FBMT 100 turun 116.21 mata kepada 10,770.54 dan Indeks FBM Emas Syariah lebih rendah 156.83 mata kepada 13,009.82.

Indeks FBM 70 menguncup 349.21 mata kepada 14,398.18 dan Indeks FBM ACE berkuranga­n 173.22 mata kepada 10,806.05.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan turun 4.91 mata kepada 12,637.86 tetapi Indeks Perladanga­n lebih tinggi 5.97 mata kepada 7,063.25 dan indeks Teknologi naik 0.47 mata kepada 57.26. bank pusat melihat tempoh pascamorat­orium yang akan berakhir pada akhir bulan ini.

Mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) BNM dijadual berlangsun­g Khamis ini (10 September) dengan sebilangan penganalis­is menjangkak­an penurunan 25 mata dalam OPR.

“Data terkini agak bercampur. Kami melihat eksport Julai lebih baik daripada dijangkaka­n apabila ia berkembang 3.1 peratus tetapi Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pada bulan Ogos turun di bawah 50 mata,” katanya.

Eksport Malaysia meningkat 3.1 peratus tahun ke tahun pada Julai, walaupun pada kadar lebih perlahan daripada 8 peratus, Jun lalu

Menurut Kenanga Research, dari segi nilai, ia adalah yang kedua tertinggi pada RM92.5 bilion selepas rekod tertinggi pada 2018 berbanding RM82.8 bilion Jun yang memberi petunjuk ekonomi secara beransur sudah pulih daripada kemerosota­n direkodkan pada suku kedua,

Pada suku kedua, ekonomi menguncup 17.1 peratus daripada pertumbuha­n kecil 0.7 peratus yang dicatatkan pada suku pertama.

PMI Malaysia IHS Markit yang menjadi petunjuk prestasi perkilanga­n, turun 49.3 pada Ogos daripada 50 pada Julai.

IHS Markit berkata, pengeluara­n pembuatan stabil pada bulan Ogos, tetapi kehilangan beberapa momentum yang dilihat ketika pemulihan awal daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan petunjuk terkini adalah susulan daripada peningkata­n pada Jun dan pertumbuha­n Julai.

Bagi asas perbanding­an Jumaat hingga Jumaat, ringgit diniagakan mengukuh berbanding

Indeks Penjagaan Kesihatan pula lemah 365.30 mata kepada 3,857.01 sementara Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian menokok 0.43 mata kepada 136.93.

Jumlah dagangan mingguan mengecil kepada 38.44 bilion unit bernilai RM20.48 bilion daripada 57.16 bilion unit bernilai RM33.39 bilion.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 21.27 bilion saham bernilai RM16.04 bilion daripada 32.00 bilion saham bernilai RM25.44 bilion.

Jumlah dagangan waran lebih rendah kepada 2.26 bilion unit bernilai RM674.15 juta daripada 3.05 bilion unit bernilai RM920.78 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran Ace pula menguncup kepada 14.88 bilion saham bernilai RM3.76 bilion berbanding 22.05 bilion saham bernilai RM7.0 bilion. BERNAMA dolar AS pada 4.1470/1520 daripada 4.1630/1680 pada minggu sebelumnya.

Ia mencapai paras 4.1400, tertinggi dalam tempoh tujuh bulan pada Selasa lalu selepas cuti selama tiga hari, termasuk sambutan Hari Kebangsaan pada Isnin (31 Ogos).

Ringgit turut mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0410/0458 daripada 3.0581/0629 pada Jumaat lalu dan meningkat berbanding yen kepada 3.9393/9444 berbanding 3.9561/9583.

Unit tempatan itu meningkat berbanding pound kepada 5.5143/5213 daripada 5.5251/5322 dan naik berbanding euro kepada 4.9150/9214 daripada 4.9486/9562 sebelum ini.

BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia