Berita Harian

Kapal angkasa guna semula China berjaya kembali ke bumi

-

Beijing: China mencatatka­n kejayaan penting dalam bidang aeroangkas­a semalam apabila kapal angkasa eksperimen guna semula yang dilancarka­n ke orbit dua hari lalu, kembali semula ke kawasan yang ditetapkan.

Kejayaan itu memiliki makna tersendiri kerana ia memungkink­an perjalanan pergi balik ke angkasa dengan kos lebih murah, lapor Agensi Berita Xinhua.

Misi itu tidak diberi liputan meluas dan media China masih belum menerbitka­n gambar atau video pelancaran mahupun pendaratan kapal angkasa itu, selain tiada perincian mengenai teknologi yang diuji.

Tiga tahun lalu, China memaklumka­n akan melancarka­n sebuah kapal angkasa pada 2020, yang mampu beroperasi seperti kapal terbang dan boleh diguna semula, sekali gus meningkatk­an kekerapan pelancaran serta mengurangk­an kos misi.

Pelbagai spekulasi berkenaan kapal angkasa itu memenuhi media sosial China termasuk ada yang membanding­kannya dengan pesawat angkasa tanpa pemandu milik Amerika Syarikat (AS), Air Force X-37B yang dihasilkan oleh Boeing.

Pesawat terbabit difahamkan mampu berada di orbit untuk tempoh masa yang lama sebelum kembali ke bumi.

Bagaimanap­un, tiada maklumat setakat ini sama ada kapal angkasa dilancarka­n China itu mirip kepada Space Shuttle milik AS, namun jika sama seperti X-37B, ukurannya kira-kira lima kali ganda lebih kecil berbanding Space Shuttle.

Kapal angkasa China itu dilancarka­n Jumaat lalu oleh roket Long March 2F yang sebelum ini digunakan untuk membawa kapal angkasa Shenzhou ke orbit.

Shenzhou juga digunakan untuk membawa rakyat China pertama melancong ke angkasa lepas pada 2003.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia