Berita Harian

Bantah terbit semula kartun hina Nabi Muhammad

-

Karachi: Puluhan ribu penduduk Islam seluruh Pakistan menyertai bantahan terhadap majalah satira Perancis, Charlie Hebdo, kerana menerbitka­n semula kartun menghina Nabi Muhammad SAW.

Mereka berarak di serata Pakistan dengan melaungkan ‘kematian buat Perancis’ dan menggesa produk negara itu diboikot sebagai protes terhadap majalah terbabit.

Penunjuk perasan turut membawa pelbagai sepanduk dalam protes itu, antaranya tertulis ‘pancung adalah hukuman kepada yang kufur’.

Kartun kontrovers­i itu mencetuska­n kemarahan dan ketidaksel­esaan dalam kalangan umat

Islam seluruh dunia pada 2005 apabila ia pertama kali diterbitka­n oleh akhbar Denmark, Jyllands-posten.

Rabu lalu, Charlie Hebdo menerbitka­n semula kartun itu ketika bermulanya perbicaraa­n 14 suspek serangan ke atas pejabat penerbitan itu oleh kumpulan militan Islam pada 7 Januari 2015.

Syarikat itu bertindak menerbitka­n 200,000 naskah lagi Jumaat lalu selepas cetakan awal pada Rabu lalu habis dijual.

Ketika hari pertama perbicaraa­n itu, mahkamah Perancis diberitahu penembak yang menyerbu pejabat Charlie Hebdo dan membunuh 12 individu itu berbuat demikian untuk membalas dendam bagi pihak Nabi Muhammad SAW.

Penerbitan kartun itu didakwa sebagai punca serangan berkenaan, yang turut menyasarka­n sebuah pasar raya Yahudi berdekatan.

Dalam serangan dilakukan adik-beradik Said dan Cherif Kouachi itu, 12 individu termasuk beberapa kartunis kebanggaan Perancis terbunuh, manakala 12 lagi suspek didakwa bersubahat melakukan serangan itu.

Tunjuk perasaan di Pakistan yang bermula sejak Jumaat lalu itu dianjurkan parti Tehreek-elaibak Pakistan (TLP) di Karachi, selain di Rawalpindi, Peshawar, Lahore dan Dera Ismail Khan.

 ?? (Foto AFP) ?? Orang ramai turun ke jalanan membantah penerbitan semula kartun menghina Nabi Muhammad SAW oleh majalah Perancis, Charlie Hebdo di Rawalpindi, Pakistan.
(Foto AFP) Orang ramai turun ke jalanan membantah penerbitan semula kartun menghina Nabi Muhammad SAW oleh majalah Perancis, Charlie Hebdo di Rawalpindi, Pakistan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia