Berita Harian

Strategi terbaharu China pulih imej

Beijing mula kempen Wuhan sebagai ‘mangsa’ pandemik

-

Wuhan: China kini giat berusaha menonjolka­n Wuhan sebagai ‘mangsa’ COVID-19 yang berjaya menangani pandemik itu dan bukannya sebagai punca virus menjangkit­i lebih 27 juta mangsa, termasuk lebih 883,000 maut di seluruh dunia setakat ini.

Strategi itu dilihat sebagai cubaan melakar imej baharu bagi Wuhan selepas China teruk dikritik di seluruh dunia pada peringkat awal kerana gagal menangani wabak yang bermula di wilayah itu akhir Disember lalu.

Dengan slogan ‘Wuhan yang dilahirkan semula’, agensi kerajaan dan media China saban hari mengeluark­an komen dan liputan berita yang mengetenga­hkan usaha kawalan wabak serta pemulihan sosioekono­mi.

Perbanding­an tahap kejayaan membendung wabak itu di China dengan krisis dialami Amerika Syarikat (AS) sekarang sebagai negara paling teruk terjejas di dunia akibat COVID-19 juga kerap diungkit dalam perang propaganda itu.

Kempen itu mendapat liputan meluas media dan kemuncakny­a dicapai pada minggu lalu ketika pelajar sekolah rendah mula kembali ke sekolah dan Wuhan menerima tetamu dalam kalangan eksekutif syarikat multinasio­nal.

Antara lain, wakil Panasonic, Dow dan Nokia, dibawa mengikuti rombongan khusus bagi melawat kota di wilayah tengah negara itu, termasuk ke premis media asing.

Dalam lawatan tiga hari itu, delegasi berkenaan turut melawat pasar Wuhan yang sudah diubah suai dan melalui proses sanitasi, diikuti belayar di Sungai Yangtze sebagai tanda simbolik berakhirny­a pandemik COVID-19 di kota berkenaan.

Pegawai China, Lin Songtian, dalam taklimat kepada eksekutif yang terbabit dalam lawatan khas ke Wuhan itu, berkata pengunjung ke Wuhan tidak lagi perlu memakai pelitup muka atau mengamalka­n penjarakan fizikal.

“Ini membuktika­n kemenangan berpihak kepada Wuhan dalam perang menentang virus terbabit dan kota ini kembali rancak seperti biasa,” katanya.

Pasar makanan laut di Wuhan, yang juga lokasi dikatakan bermulanya pandemik itu, kini menjadi sebahagian daripada lawatan dan diiktiraf sifar ancaman wabak.

Pada 28 Ogos lalu, Menteri Luar China, ketika lawatan ke Eropah, mendakwa wujud kemungkina­n virus itu tidak muncul buat kali pertama di China.

Strategi terbaru itu dilihat sebagai usaha memulihkan kembali reputasi China selepas COVID-19 dan memanfaatk­an kejayaan menangani pandemik itu bagi mengembali­kan keyakinan antarabang­sa terhadapny­a. AFP

Jakarta: Tanah perkuburan di Pondok Ranggon Jakarta Timur dijangka kritikal menjelang Oktober ini berikutan kehabisan ruang bagi urusan pengebumia­n selepas kes kematian COVID-19 terus meningkat.

Pegawai pengurusan tanah perkuburan itu, Nadi, berkata, cuma 1,100 ruang masih ada bagi menempatka­n jenazah di lokasi berkeluasa­n 7,000 meter persegi itu.

“Kapasitiny­a dijangka bertambah kritikal pada pertengaha­n Oktober ini,” katanya kepada Kompas.com.

Dianggarka­n, pada bulan depan, tanah perkuburan itu hanya mampu menempatka­n 380 hingga 400 jenazah.

Menurutnya, secara purata 700 jenazah dikebumika­n di tanah perkuburan Pondok Ranggon sebulan, namun sejak bulan lalu, purata 27 mayat dikebumika­n di kawasan itu setiap hari.

“Pada 31 Ogos lalu, jumlah jenazah yang dikebumika­n adalah 36 orang, iaitu yang tertinggi pernah direkodkan.

“Sejak Pondok Ranggon dijadikan pusat pengebumia­n bagi kes

COVID-19 bermula Mac lalu, pihak berkuasa membuka lapan lot baharu dan menguruska­n 2,623 jenazah.

“Kami menggunaka­n plot bernombor 91 hingga 99 (bagi pengebumia­n kes COVID-19), kecuali plot 97 bagi urusan pengebumia­n orang awam, dengan setiap plot boleh menempatka­n 240 hingga 300 jenazah,” katanya.

Nadi turut memaklumka­n, setakat ini, pihaknya tidak mempunyai perancanga­n berkaitan masalah yang mungkin berlaku Oktober ini.

Selepas Filipina, Indonesia adalah negara kedua paling terjejas akibat COVID-19 di Asia Tenggara, dengan 190,665 jangkitan, termasuk 7,940 kematian

Sementara itu, di Mexico, kerajaan terpaksa menempah 1.1 juta lagi sijil kematian berikutan peningkata­n ketara kadar kematian akibat COVID-19.

Negara itu merekodkan kadar kematian keempat tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat (AS), Brazil dan India dengan 629,409 jangkitan, termasuk 67,326 kematian. AGENSI

 ?? (Foto The Jakarta Post) ?? Tanah perkuburan Pondok Ranggon, pusat pengebumia­n kes COVID-19 sejak Mac lalu dijangka kritikal menjelang Oktober.
(Foto The Jakarta Post) Tanah perkuburan Pondok Ranggon, pusat pengebumia­n kes COVID-19 sejak Mac lalu dijangka kritikal menjelang Oktober.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia