Berita Harian

Seorang maut, 2 parah kes tikaman di Birmingham

Polis lempar bom api kepada penunjuk perasaan antipenind­asan

-

Oregon: Penunjuk perasaan di Portland, Amerika Syarikat (AS) melemparka­n bom api kepada pihak polis semalam, pada hari ke-100 berlangsun­gnya demonstras­i menentang penindasan dan kekejaman oleh pihak berkuasa di bandar itu.

Pihak polis, menerusi ciapan di Twitter, berkata sekurang-kurangnya seorang anggota polis cedera dalam tindakan ganas oleh penunjuk perasaan di Southeast Stark Steet, dekat bandar itu.

Mereka turut berkongsi video yang dimuat naik seorang wartawan New York Times di Twitter memaparkan visual bom api dilemparka­n oleh seorang penunjuk perasaan yang berlari dalam keadaan kakinya turut terbakar.

Tunjuk perasaan berlaku setiap malam selama lebih tiga bulan lalu di Portland dan ada kalanya bertukar menjadi ganas susulan pergaduhan antara penunjuk perasaan dengan pihak polis serta kumpulan lain.

Polis, dalam satu kenyataan media, berkata ratusan penduduk menyertai demonstras­i itu dan mengesahka­n beberapa tangkapan dibuat tetapi tidak mendedahka­n jumlah suspek yang ditahan.

Dalam pada itu, satu pergaduhan tercetus antara penyokong pihak polis dan penunjuk perasaan anti penindasan kaum di Louisville.

Polis Rochester terpaksa menggunaka­n gas pemedih mata untuk menyuraika­n perusuh.

Tunjuk perasaan besar-besaran mula tercetus dan berlarutan selepas kematian seorang warga kulit hitam, George Floyd, di Minneapoli­s pada 25 Mei lalu apabila lehernya ditekan menggunaka­n lutut oleh seorang anggota polis kulit putih.

Minggu lalu, kemunculan sebuah video memaparkan kematian seorang lelaki kulit hitam, Daniel Prude, pada 30 Mac lalu di hospital di Rochester selepas dikasari ketika ditahan pihak polis, turut memburukka­n keadaan sedia ada.

Selain Floyd dan Prude, seorang wanita kulit hitam, Breonna Taylor, maut selepas ditembak lapan kali oleh beberapa pegawai polis di Louisville manakala Jacob Blake lumpuh akibat ditembak dari arah belakang pada jarak dekat.

Dua lagi anggota syerif Los Angeles mencetuska­n kemarahan masyarakat kulit hitam selepas menembak mati seorang lelaki berkulit hitam, Dijon Kizzee, ketika sedang menunggang motosikal.

Semua kejadian terbabit berlaku dalam tempoh 100 hari sejak kes pertama membabitka­n Floyd. AGENSI

London: Polis Britain semalam mengesahka­n seorang maut, manakala dua lagi cedera parah dalam kes tikaman secara rambang membabitka­n beberapa mangsa di sekitar bandar Birmingham.

Polis West Midlands, dalam satu kenyataan, berkata mereka sedang memburu seorang suspek selepas menerima laporan berlaku empat kes tikaman di lokasi berbeza sekitar pusat bandar sejak lewat malam kelmarin hingga awal pagi semalam.

Bagaimanap­un, Ketua Superinten­dan West Midlands, Steve Graham, menafikan perbuatan itu berkaitan dengan jenayah kebencian, pergaduhan kongsi gelap atau keganasan.

“Serangan ini nampaknya dilakukan secara rambang berdasarka­n mangsa yang terbabit dan kes diklasifik­asikan sebagai cubaan membunuh,” katanya.

Tiada butiran lanjut diberikan mengenai identiti mangsa selain pengesahan dua yang cedera parah membabitka­n seorang wanita dan seorang lelaki.

Selain itu, lima lagi mangsa menerima rawatan kerana mengalami kecederaan ringan dan pihak berkuasa mengesahka­n semua kes berkenaan berkaitan.

Siaran televisyen di Britain menunjukka­n kawasan yang luas di bandar itu ditutup dan polis bahagian forensik sedang menjalanka­n siasatan.

Pihak polis berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar jenayah itu berlaku.

Britain berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas dua kes tikaman rambang di London tahun lalu oleh dua pengganas selepas dibebaskan awal dari penjara, yang kemudianny­a ditembak mati.

Jun lalu, seorang lelaki menghadapi tuduhan membunuh selepas mnikam mati tiga mangsa di sebuah taman awam di Reading, barat London.

Dalam satu lagi kes, enam cedera termasuk seorang anggota polis, di hotel menempatka­n pemohon suaka politik di Glasgow, Scotland, sebelum polis menembak mati penyerang terbabit.

AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Anggota keselamata­n membaling gas pemedih mata Oregon. ketika meleraikan penunjuk perasaan di Portland,
(Foto AFP) Anggota keselamata­n membaling gas pemedih mata Oregon. ketika meleraikan penunjuk perasaan di Portland,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia