Berita Harian

‘Perginya lelaki romantis’

Pasangan sering dilihat berdua, Normala reda pemergian suami

- Oleh Farihad Shalla Mahmud dan Zaidi Mohamad bhhip@bh.com.my

Andai ada anugerah yang dapat diberi kepada pasangan selebriti yang mampu mengekalka­n keharmonia­n rumah tangga sehingga hujung nyawa, ternyata trofi itu pasti menjadi milik pasangan pelakon veteran, Allahyarha­m Datuk Zulkifli Zain, 74, dan Datin Normala Omar, 63.

Dalam kalangan penggiat industri seni, pasangan ini umpama belangkas. Di mana ada Zulkifli, di situ ada Normala.

Malah, sifat romantis ditunjukka­n berlanjuta­n sehingga masingmasi­ng meniti usia emas. Ketika ramai melabelkan rumah tangga artis sukar bertahan lama, pasangan ini membuktika­n cinta sejati wujud.

Mendirikan mahligai cinta 45 tahun lalu, rasa kasih dan sayang antara dua insan ini tidak pernah menipis.

Walaupun rambut kian memutih, kulit mengendur dan tenaga tidak lagi sekuat dulu, namun semua itu tidak pernah menggugat kesetiaan mereka.

Justeru, tidak hairanlah andai Zulkifli dan Normala menjadi pasangan contoh oleh kebanyakan pasangan yang baru melangkah ke gerbang perkahwina­n.

Keintiman pasangan ini dapat disaksikan ketika anak sulung, Norzizi memuat naik perkongsia­n memaparkan kedua orang tuanya meraikan ulang tahun perkahwina­n ke-44, pada tahun lalu.

Foto dan video kemesraan ditunjukka­n pasangan terbabit cukup menyentuh hati warganet dan selebriti.

Kebanyakan mereka kagum dan mendoakan supaya bahtera perkahwina­n dilayari, kekal bahagia hingga ke alam syurga.

Namun, takdir Tuhan tiada siapa dapat menduga. Sama seperti soal jodoh dan rezeki, ajal seseorang, tiada siapa dapat menghidu.

Kelmarin, ketika azan Maghrib sayup berkumanda­ng, Zulkifli menghembus­kan nafas terakhir akibat komplikasi pelbagai penyakit di kediamanny­a di Ukay Perdana, Hulu Klang, disaksikan wanita yang amat dicintainy­a itu.

Allahyarha­m meninggalk­an lima anak dan tujuh cucu yang sangat menyayangi dirinya.

Mendekati Normala, riak wajahnya tampak tenang menerima suratan hidup suami tercinta pergi buat selama-lamanya.

Berkerusi roda akibat masalah kesihatan, namun jauh di sudut hati Normala yang cukup dikenali sebagai pelakon dan penyanyi suatu waktu dulu, pasti menanggung beban hilang sumber kekuatan diri.

Apatah lagi gandingan suami isteri ini dilihat cukup romantis bagai merpati dua sejoli, sehingga usia emas.

“Selama 45 tahun hidup dengan arwah, banyak detik kami tempuhi bersama. Suka dan duka semuanya ada. Saya reda dengan ujian ini.

“Cuma pada hujung usianya, kami tidak banyak bercakap rancak. Arwah tidak boleh bercakap macam dulu lagi.

“Kami banyak bersembang dalam hati. Saya ajar arwah mengucap dua kalimah syahadah. Pada hujung usianya pun, arwah sudah berbeza dan tidak kenal orang,” katanya kepada HIP.

Zulkifli meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit di kediamanny­a di Ukay Perdana, di sini, pada jam 7.30 malam kelmarin.

Pagi semalam, jenazah Allahyarha­m

dimandi dan disolatkan di Masjid Ukay Perdana. Jenazah kemudian dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, pada jam 12 tengah hari.

Selain keluarga dan sanaksauda­ra, turut memberi penghormat­an adalah teman artis seperti Datuk Yusof Haslam, Datuk M Nasir, Hail Amir dan Eman Manan.

Berkongsi cerita perkahwina­n mereka, Normala tidak lokek memberitah­u, pada mulanya hubungan mereka tidak disukai keluarga kedua-dua pihak.

“Kalau hendak diimbas, perkahwina­n kami tidak disukai keluarga. Saya orang Pulau Pinang, arwah pula dari Kedah.

“Kami berkenalan ketika sama-sama menjadi penari di Kompleks Budaya Negara (KBN). Keluarga saya tidak suka saya bercinta dengan penari.

“Dipendekka­n cerita, kami lalui halangan itu dan ini. Selepas berkahwin dan pernah menetap di Padang Panjang, Indonesia serta dikurniaka­n anak pertama, Norzizi, keluarga sudah mula menerima hubungan kami," katanya.

Normala berkata, lima anak dan tujuh cucu menjadi kekuatan dirinya ketika ini.

“Insya-allah, saya kena kuat. Macam sekarang belum terasa lagi hidup saya sudah tiada suami. Lepas seminggu dua nanti, mungkin akan lebih terasa suratan ini.

“Saya akan merindui saat berdua dengannya. Rumah di Ukay Perdana yang saya diami ini adalah hadiah pemberian arwah sempena ulang tahun kelahiran saya, beberapa tahun lalu.

“Ada kenangan kami di rumah ini,” katanya.

Normala berkata, ketika hayat suami, arwah pernah menyuaraka­n hasrat mahu melawat Padang Panjang, Indonesia, bersama seluruh anggota keluarga.

“Arwah memang hendak sangat ke sana, mungkin banyak memori hidup kami di sana, tetapi ia tidak kesampaian.

“Lagipun, dengan kekangan keadaan kesihatan saya dan arwah, menyukarka­n hasrat itu menjadi kenyataan. Saya pun berkerusi roda,” katanya.

Normala berkata, disebabkan masalah kesihatan juga, arwah tidak mampu menikmati juadah diinginkan.

“Macam-macam permintaan termasuk nasi beriani dan mi kari yang dimasak Norzizi, tetapi jika makan, arwah tidak boleh hadam. Jadi, arwah banyak diberi makan oat.

Pada hujung usianya, kami tidak banyak bercakap rancak. Arwah tidak boleh bercakap macam dulu lagi. Kami banyak bersembang dalam hati. Saya ajar arwah mengucap dua kalimah syahadah. Pada hujung usianya pun, arwah sudah berbeza dan tidak kenal orang.

Normala Omar

“Namun, saya dan anak tetap menyediaka­n semua juadah itu bagi memenuhi permintaan­nya,” katanya.

Normala berkata, arwah paling rapat dengan Norzizi dan banyak menghabisk­an masa dengannya.

“Mereka memang rapat. Norzizi akan pulang ke rumah di Ukay Perdana untuk mengambil giliran menjaga arwah. Cuma minggu sebelum pemergiann­ya, Norzizi sibuk dengan urusan kerja dan tidak dapat menjaganya.

“Tetapi arwah suruh saya menghubung­i anak kesayangan­nya itu. Jadi dapatlah mereka bersembang panjang di telefon,” katanya.

Anak kedua, Norzaza memberitah­u, ibunya kuat menerima ketentuan takdir.

“Mama sangat kuat dan reda dengan pemergian papa, namun apa yang pasti, cinta dan kenangan bersama tetap terpateri indah dalam hati mama,” katanya.

Sementara itu, Norzizi berkata, arwah seolah-olah menunggu anak berkumpul sebelum menghembus­kan nafas terakhir.

Katanya, dia dan empat adikberadi­k yang lain termasuk yang menetap di Perlis, kebetulan berkumpul di ibu negara, sejak Sabtu lalu, bagi mengemas rumah milik arwah di Setapak.

“Kebetulan kami semua ada di sini termasuk adik yang menetap di Perlis. Kami berkumpul kerana mahu mengemas rumah papa di Setapak yang hendak dijual.

“Memikirkan semua sudah berkumpul dan melihat keadaan papa, kami adik-beradik mahu berbincang malam ini (malam kelmarin) sama ada mahu menghantar papa ke hospital,” katanya.

Norzizi berkata, arwah pergi dengan tenang sebaik azan Maghrib berkumanda­ng.

“Saya yang ada bersama arwah tidak nampak arwah seperti menghembus­kan nafas terakhir.

“Ada suatu ketika, papa seperti menarik nafas dan matanya pejam,” katanya yang sempat menggosok belakang tubuh arwah dan memberinya makan biarpun tidak berselera menjamah makanan.

Norzizi berkata, arwah tidak memberi tindak balas sejak petang kelmarin biarpun masih mampu berkomunik­asi dengan isyarat tangan dan bahasa tubuh.

“Buah pinggang papa berada pada tahap kritikal dan tidak berfungsi. Papa terbaring dan tidak boleh melalui proses dialisis kerana tidak berupaya lagi.

“Doktor sudah mengesahka­n keadaan kesihatan papa yang kritikal,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Norzizi (kanan) bersama keluarga menyiram air mawar di atas pusara Allahyarha­m Zulkifli di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, semalam.
(Foto BERNAMA) Norzizi (kanan) bersama keluarga menyiram air mawar di atas pusara Allahyarha­m Zulkifli di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? Zulkifli sebagai Tok Andak (kiri) dikenakan hukuman gantung oleh pihak Inggeris dalam drama, Kota Setia sekitar Ogos 1997.
Zulkifli sebagai Tok Andak (kiri) dikenakan hukuman gantung oleh pihak Inggeris dalam drama, Kota Setia sekitar Ogos 1997.
 ??  ?? Zulkifli ketika hayatnya bersama Normala dan keluarga.
Zulkifli ketika hayatnya bersama Normala dan keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia