Berita Harian

Sandra Dianne tak sedarkan diri akibat kemalangan

-

Peserta program realiti Big Stage 2020, Sandra Dianne dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Putrajaya, petang kelmarin.

Wakil syarikat rakaman Sony Music, Vea berkata, Sandra yang popular dengan lagu Hey Kau!

ditempatka­n di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.

“Ketika kejadian, Sandra dan sepupunya dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) untuk menghadiri latihan konsert mingguan Big Stage.

“Kami belum mendapat butiran terperinci bagaimana nahas itu berlaku. Kami masih menanti penjelasan doktor mengenai keadaan Sandra.

“Apa yang dikhabarka­n, Sandra masih belum sedarkan diri. Keluarga Sandra ada menemaniny­a di hospital,” katanya kepada HIP.

Dalam kejadian petang kelmarin, Sandra dan sepupunya terbabit kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) ketika dalam perjalanan mengikuti sesi latihan konsert minggu keempat Big Stage di PICC.

Sehubungan itu, Vea meminta peminat mendoakan kesejahter­aan Sandra dan sepupunya.

“Doakan Sandra supaya segalagala­nya dipermudah­kan,” katanya.

Sehingga malam tadi, belum ada perkhabara­n terbaru mengenai penyanyi berasal dari Sabah itu, namun keluarga Sandra menemaniny­a di hospital.

Sementara itu, Sandra diberi pengecuali­an daripada beraksi pada konsert minggu keempat, Big Stage, malam tadi.

Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal, berkata pihaknya bersimpati dengan insiden menimpa penyanyi itu dan berharap dia segera sembuh.

“Kami masih menanti maklumat terbaru mengenai Sandra. Melihat keadaan dirinya, pihak produksi sepakat mengecuali­kan penyertaan Sandra minggu ini.

“Tiada penyingkir­an terhadap Sandra walaupun dia tidak membuat persembaha­n,” katanya.

Emarina berkata, pihaknya akan maklumkan perkembang­an terkini Sandra dalam program Big Stage dari semasa ke semasa.

Katanya, tema minggu keempat adalah Baby Bash yang mana setiap peserta akan menyanyika­n lagu mengikut tahun kelahiran mereka.

“Sepatutnya Sandra mendendang­kan lagu Nuri nyanyian asal Ella. Saya dan seluruh pasukan produksi Big Stage memohon doa peminat supaya Sandra segera sembuh,” katanya.

Konsert minggu keempat Big Stage ditayangka­n Astro secara langsung dari PICC pada jam 9 malam tadi.

Sandra Dianne

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia