Berita Harian

Tok Gajah bakal dirombak

Dollah akui isu kecederaan, ketiadaan Sumareh jejas perancanga­n

- Oleh Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Shah Alam: Ketiadaan Mohamadou Sumareh, mula dirasai pasukan Pahang selepas skuad Tok Gajah tewas 0-1 di tangan UITM FC dalam aksi Liga Super di sini, kelmarin

Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh, mengakui kecederaan yang dihadapi tonggak utama, selain ketiadaan Sumareh mewujudkan kelemahan utama pasukannya di bahagian tengah dan serangan.

Justeru, bekas pengendali skuad Harimau Malaya itu berkata, akan melakukan sedikit rombakan di dua bahagian itu untuk mengharung­i aksi akan datang berdepan pasukan tangga tercorot PDRM di Kuantan, Sabtu ini.

“Sebelum perlawanan saya memang khuatir dengan pasukan Pahang sebab ramai pemain cedera. Hari ini (kelmarin) saya letak juga Dickson (Nwakaeme) bermain di bahagian depan, tapi nampaknya dia tak boleh tunjukkan prestasiny­a dalam keadaan kesakitan.

Dollah Salleh

“Saya tiada masalah dengan bahagian pertahanan, cuma hari ini (kelmarin) sebenarnya bahagian tengah dan serangan serba tidak menjadi. Pada 15 minit awal kita nampak macam nak menjaringk­an gol, namun selepas itu saya lihat kita seakan hilang punca.

“Banyak hantaran kita serba tak menjadi dan mungkin saya akan buat rombakan sedikit. Setakat ini Dickson cedera, Carlos pun cedera. Dengan ketiadaan Sumareh, jadi kena berlaku juga rombakan sedikit khasnya di bahagian tengah dan serangan,” katanya selepas perlawanan di Stadium UITM.

Ia adalah kekalahan kedua yang dialami Pahang selepas Liga Malaysia (Liga M) kembali bersambung apabila mereka turut tewas kepada juara bertahan Johor Darul Ta‘zim (JDT), minggu lalu.

Kekalahan itu menyaksika­n Pahang kekal mengumpul enam mata dan berada di kedudukan kelapan Liga Super dengan saingan masih berbaki lima perlawanan.

 ?? (Foto ihsan FB UITM FC ) ?? Aksi Liga Super antara UITM FC dan Pahang di Shah Alam, kelmarin.
(Foto ihsan FB UITM FC ) Aksi Liga Super antara UITM FC dan Pahang di Shah Alam, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia