Berita Harian

Aidil julang semangat juang Lang Merah

-

Alor Setar: Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak, memuji semangat juang anak buahnya yang bangkit mencipta kemenangan 2-1 ke atas pasukan PJ City di Stadium Darul Aman, di sini, kelmarin.

“Dengan satu gol ketinggala­n pada babak awal, kita masih berjaya bangkit kembali. Pertukaran taktikal jelas memberi kesan positif kepada pasukan untuk mendapatka­n tiga mata di laman sendiri.

“PJ City bukanlah satu pasukan yang mudah. Selepas meneliti aksi mereka ketika menentang Selangor

sebelum ini, pemain saya turun dengan keyakinan tinggi untuk mendapatka­n tiga mata,” katanya selepas perlawanan.

Skuad Lang Merah meraih tiga mata menerusi jaringan Kpah Sherman pada minit ke24 dan Kipre Tchetche (m-69), manakala gol tunggal pelawat melalui Washington Brandao minit ke-15. Kedah kini menduduki tangga ketiga liga dengan himpunan 10 mata, ketinggala­n enam mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta’zim.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA),

Muhammad Sanusi Md Nor, gembira dengan aksi cemerlang dipamerkan skuad Lang Merah sehingga mampu bangkit menewaskan PJ City.

“Saya berharap keadaan ini akan berterusan sampai hujung musim. Ini (kemenangan) membuktika­n moral pemain-pemain Kedah sangat tinggi kerana mereka tahu kita sedang berusaha membaiki keadaan lampau.

“Terima kasih kepada semua pemain Kedah dan pengurusan KFA. Saya harap akan ada piala menjadi milik Kedah musim ini,” katanya.

Pertukaran taktikal jelas memberi kesan positif kepada pasukan untuk mendapatka­n tiga mata di laman sendiri.

Aidil Sharin Sahak Ketua Jurulatih Kedah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia