Berita Harian

V Shem, Wee Kiong tolak ke Denmark

-

Kuala Lumpur: Beregu lelaki profesiona­l, Goh V Shem-tan Wee Kiong tidak akan bersama skuad negara bagi mengharung­i saingan Piala Thomas 2020 di Aarhus, Denmark, bulan depan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan semalam berkata pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu menolak tawaran bagi menyertai kejohanan berkenaan alasan komitmen peribadi.

Sebelum ini, Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria memberi ruang kepada V Shemwee Kiong untuk berbincang dengan keluarga masing-masing dan memaklumka­n sama ada bersedia untuk bersama skuad negara ke Aarhus atau sebaliknya.

V Shem baru saja bergelar bapa pada 30 Ogos lalu, manakala Wee Kiong bakal menyambut kelahiran anak keduanya yang dijangka pada 17 Oktober ini.

Saingan Piala Thomas/uber 2020 akan berlangsun­g pada 3 hingga 11 Oktober.

Dalam perkembang­an sama, BAM turut mengumumka­n senarai pemain yang akan membawa cabaran negara ke Aarhus dengan skuad lelaki negara akan diketuai jaguh perseorang­an, Lee Zii Jia.

“Pemain nombor satu negara Lee Zii Jia akan mengetuai cabaran Malaysia dengan tiga lagi pemain perseorang­an termasuk Liew Daren, Cheam June Wei dan Leong Jun Hao,” kata BAM dalam kenyataan itu.

Beregu lelaki pula akan diwakili pasangan Aaron Chia-soh Wooi Yik, Teo Ee Yi-ong Yew Sin dan Goh Sze Fei-nur Izzuddin Rumsani.

Skuad Piala Uber pula akan menampilka­n Soniia Cheah, S Kisona, Goh Jin Wei dan Eoon Qi Xuan manakala beregu membabitka­n pasangan Chow Mei Kuan-lee Meng Yean, Vivian Hoo-yap Cheng Wen dan Pearly Tan-m Thinaah.

Di Aarhus, skuad lelaki negara diundi dalam Kumpulan A bersama musuh tradisi, Indonesia, England dan Belanda manakala pemain wanita berada dalam Kumpulan B yang dibarisi Korea Selatan, Indonesia dan Australia.

Pemain nombor satu negara Lee Zii Jia akan mengetuai cabaran Malaysia.

Kenyataan BAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia