Berita Harian

China pertama kali pamer kepada umum vaksin COVID-19, jangka dipasarkan akhir tahun

Sinovac yakin hasil kajian dapat kelulusan selepas jalani tiga fasa ujian

-

Beijing: China buat kali pertama mempamerka­n vaksin COVID-19 yang dihasilkan negara itu di saat berhadapan pelbagai kritikan mengenai penularan pandemik itu.

Harapan tinggi diletakkan pada botol kecil berisi cecair yang dipamerkan pada Pameran Perdaganga­n Perkhidmat­an Antarabang­sa China (CIFTIS) di Beijing minggu ini.

Ia adalah antara vaksin yang dihasilkan oleh syarikat China, Sinovac Biotech dan Sinopharm.

Vaksin berkenaan belum memasuki pasaran, namun syarikat yang menghasilk­annya percaya ia akan diluluskan selepas menjalani tiga fasa ujian penting selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Seorang wakil Sinovac memberitah­u AFP bahawa syarikat itu sudah ‘selesai membina kilang vaksin’ yang dijangka mampu menghasilk­an 300 juta dos setahun.

Semalam, pengunjung pameran mengerumun­i gerai mempamerka­n vaksin yang didakwa bakal menjadi ‘pengubah keadaan’ itu.

China, yang menghadapi kritikan asing kerana gagal menangani wabak itu pada peringkat awal, kini berusaha memanfaatk­an penghasila­n vaksin COVID-19 untuk melakar imej baharu untuk negara itu.

Mereka menggunaka­n pembanguna­n vaksin untuk mempamerka­n semangat juang tinggi dan ketahanan China dalam menghadapi ancaman kesihatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, sehingga turut menjejaska­n ekonomi global.

Vaksin yang dipamerkan itu adalah antara 10 vaksin dihasilkan di seluruh dunia setakat ini dan sudah memasuki percubaan fasa ketiga, iaitu langkah terakhir sebelum pengeluara­nnya diluluskan.

Penghasila­n vaksin berkesan bagi COVID-19 menjadi harapan besar global ketika kebanyakan negara masih berusaha membendung penularan virus itu dan merancakka­n semula sektor ekonomi masing-masing.

Akhbar tabloid China, Global Times, yang memetik kenyataan memetik Pengerusi Sinopharm, melaporkan bulan lalu bahawa harga vaksin akan dipastikan tidak terlalu mahal.

“Harga bagi setiap dua dos vaksin itu akan dipastikan bawah 1,000 yuan (RM607),” katanya yang turut memberitah­u media bahawa beliau sudah disuntik dengan vaksin berkenaan.

Agensi berita rasmi China, Xinhua, semalam melaporkan bahawa beberapa vaksin lain sedang diuji saintis tentera negara itu, yang mampu menangani mutasi pada virus COVID-19.

Sehingga bulan lalu, sekurang-kurangnya 5.7 bilion dos vaksin sedang dibangunka­n di seluruh dunia sudah ditempah lebih awal.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa vaksin bagi imunisasi secara meluas terhadap COVID-19 hanya akan berada di pasaran pada pertengaha­n tahun depan. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia