Berita Harian

Kilang tak pernah mohon lesen sejak 2014

Pihak pengurusan tidak endah notis diberi MPS

- Oleh Safeek Affendy Razali bhnews@bh.com.my

Rawang: Bengkel penyelengg­araan jentera yang dikesan mencemari Sungai Gong, di sini, didapati beroperasi tanpa lesen atau kebenaran Majlis Perbandara­n Selayang (MPS) sejak 2014.

Berdasarka­n data MPS, pengurusan kilang berkenaan tidak pernah membuat apa-apa permohonan lesen sejak tempoh itu.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad, berkata MPS sudah dua kali menyaranka­n kepada pengurusan kilang terbabit supaya membuat permohonan lesen sejak enam tahun lalu.

“Selain beroperasi tanpa kebenaran, kilang yang dipercayai menjalanka­n pelbagai aktiviti perniagaan lain ini turut membina struktur bangunan dalam premis tanpa kebenaran bertulis MPS.

“Pemilik atau pengurusan kilang ini langsung tidak menghantar permohonan untuk menjalanka­n perniagaan,” katanya selepas menampal notis MPS di hadapan kilang berkenaan, semalam.

Tindakan menampal notis itu adalah mengikut Seksyen 70 (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, iaitu membina bangunan tanpa kebenaran MPS.

Mohamad Zin berkata, pemilik kilang diberi tempoh tiga hari bagi menjawab semula notis berkenaan jika mempunyai kebenaran beroperasi.

“Selepas tempoh berakhir, pihak MPS akan merobohkan struktur bangunan didirikan,” katanya.

Beliau berkata, MPS pernah memberikan notis kepada pengurusan kilang sama pada Mac lalu selepas dikesan beroperasi dan menjalanka­n perniagaan tanpa kebenaran serta mendirikan bangunan tanpa kebenaran, namun tidak dipedulika­n.

Katanya, kesalahan berkaitan pencemaran yang dikaitkan dengan pengurusan kilang berkenaan adalah di bawah tanggungja­wab Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Sementara itu, katanya, MPS akan memanggil 308 pengusaha kilang yang beroperasi secara haram Jumaat ini, bagi tujuan pemutihan.

“Setakat ini, 50 daripada 308 pengusaha kilang terbabit sudah memohon lesen perniagaan manakala 258 yang lain belum berbuat demikian.

“Mereka akan dipanggil supaya memohon kebenaran menjalanka­n

Mohamad Zin (kanan)

perniagaan dan jika berdegil, tindakan seperti menyita dan merobohkan premis akan diambil,” katanya.

Mohamad Zin berkata, kilang yang beroperasi secara sah akan diminta melaksanak­an perniagaan secara lebih teratur dan mengikut syarat ditetapkan.

Selain lesen dan kebenaran MPS, katanya, pengusaha kilang perlu mendapat kelulusan beroperasi daripada JAS, Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) dan agensi berkaitan.

Katanya, MPS sudah mempercepa­tkan urusan permohonan lesen perniagaan dan tiada sebab untuk pengusaha kilang tidak memohon lesen perniagaan.

Beliau berkata, dasar kerajaan negeri adalah antara punca operasi kilang tanpa kebenaran berterusan sehingga kini.

Sejak 2012, katanya, kerajaan negeri mengarahka­n semua PBT memberi peluang kepada pemilik kilang tanpa lesen beroperasi dan pada masa sama mengarahka­n mereka memohon lesen.

Mohamad Zin berkata, dasar itu bertujuan memberi peluang pengusaha kilang tanpa lesen beroperasi bagi memastikan kelangsung­an ekonomi.

“Tempoh itu dilanjutka­n Ogos tahun lalu sehingga 31 Disember tahun ini dan MPS akan memberi peluang kepada mereka memohon lesen perniagaan sah.

“Bagaimanap­un, pengusaha kilang yang tiada dalam data atau didirikan selepas September tahun lalu akan berdepan tindakan termasuk dirobohkan,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, pemilik dan pengurusan kilang yang disyaki melakukan pencemaran sumber air di Sungai Gong, didakwa tidak memberi kerjasama ketika pemeriksaa­n Jabatan Penguatkua­saan dan Keselamata­n MPS.

Sejak Jun lalu, pengurusan kilang didakwa enggan membuka pagar ketika pemeriksaa­n dilakukan oleh pegawai dan anggota rondaan zon MPS.

Pengarah Jabatan Penguatkua­saan dan Keselamata­n MPS, Norhayati Ahmad, berkata Jabatan Pelesenan MPS pernah mengeluark­an notis merah kepada pemilik kilang itu pada 19 Mac lalu, selepas didapati beroperasi tanpa kebenaran PBT)

“Sehari kemudian kita datang lagi melakukan pemeriksaa­n dan mendapati mereka tidak beroperasi dalam tempoh Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an sehingga Jun lalu.

“Pihak pengurusan kilang datang ke MPS pada Jun lalu untuk berunding mengenai permohonan lesen perniagaan tetapi selepas tiga kali pemeriksaa­n ingin dilakukan, mereka tidak memberi kerjasama dengan menutup pagar,” katanya selepas melakukan pemeriksaa­n ke kilang berkenaan, semalam.

Berdasarka­n peruntukan undang-undang, MPS tidak mempunyai kuasa memasuki kilang berkenaan bagi tujuan pemeriksaa­n sekiranya pagar tidak dibuka.

Norhayati berkata, mereka menyatakan dalam laporan tidak mendapat kerjasama pemilik kilang.

“Apabila isu pencemaran air ini timbul, barulah kami dibenarkan masuk dan mengeluark­an kompaun di bawah Seksyen 3 kerana melakukan perniagaan tanpa kelulusan MPS, iaitu maksimum RM1,000,” katanya.

Beliau berkata pihaknya sudah memberi amaran kepada pemilik kilang untuk menghentik­an operasi dan memastikan setiap dokumen diperlukan dihantar untuk tindakan susulan.

 ?? (Foto Aizuddin Saad/bh) ?? bersama Norhayati menunjukka­n notis di bengkel jentera yang disyaki menjadi punca pencemaran Sungai Gong, Rawang, semalam.
(Foto Aizuddin Saad/bh) bersama Norhayati menunjukka­n notis di bengkel jentera yang disyaki menjadi punca pencemaran Sungai Gong, Rawang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia