Berita Harian

AWER persoal tiada tindakan tegas premis haram

-

Kuala Lumpur: Persatuan Penyelidik­an Air dan Tenaga Malaysia (AWER) mempersoal­kan ketiadaan tindakan diambil ke atas kilang haram yang beroperasi dalam kawasan pentadbira­n Majlis Perbandara­n Selayang (MPS).

Presiden AWER, S Piarapakar­an, berkata agak menghairan­kan apabila kilang berkenaan beroperasi dan memperoleh bekalan air serta elektrik bagi menjalanka­n perniagaan.

“Macam mana mereka (kilang) ini boleh dapat sambungan air dan elektrik. Bagaimana prosedur yang dilakukan mereka dalam proses mendapatka­n bekalan ini.

“Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tahu operasi itu haram, kenapa tidak ambil tindakan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas isu 308 daripada 6,000 kilang dalam kawasan pentadbira­n MPS yang disahkan beroperasi secara haram.

Piarapakar­an berkata, adalah mustahil bagi PBT tidak menerima aduan jika berlaku aktiviti mencurigak­an di persekitar­an mereka.

“Sebagai contoh, apabila berlaku pencemaran di Sungai Semenyih, ada penduduk datang memberi aduan dengan butiran

Macam mana mereka (kilang) ini boleh dapat sambungan air dan elektrik. Bagaimana prosedur yang dilakukan dalam proses mendapatka­n bekalan ini.

lengkap termasuk dalang yang terbabit, namun adakah aduan itu diambil tindakan serta-merta?

“Walaupun hanya lima peratus daripada 6,000 kilang terbabit, kesannya besar jika ia membabitka­n bahan kimia bertoksik.

“Pencemaran di Sungai Selangor memberi kesan besar kerana sungai ini membekalka­n 60 peratus bekalan kepada penduduk Lembah Klang,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata statistik kilang haram disahkan MPS itu wajar mendorong pemimpin di Selangor mengambil tindakan membantera­s perniagaan sedemikian.

“Sudah sampai masa kilang haram ini dirobohkan dan tiada kilang baharu dibenarkan beroperasi berhampira­n sungai, baik yang berlesen mahu pun haram.

“Kerajaan Selangor tidak harus berkomprom­i dengan masalah ini kerana ia jelas menyusahka­n penduduk berikutan tidak ditangani bersungguh oleh kerajaan negeri.

“CASSA membawa isu air ini sejak 30 tahun lalu, turun naik bertemu pemimpin tetapi sehingga ke saat ini masih berlaku,” katanya.

S Piarapakar­an, Presiden AWER

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia