Berita Harian

580 ditahan terbabit aktiviti kelab malam

-

Putrajaya: Seramai 580 daripada 873 individu ditahan kelmarin selepas didapati ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana terbabit dalam aktiviti dalam pub dan kelab malam.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata 118 individu ditahan kerana gagal mengamalka­n penjarakan fizikal, 52 lagi tidak memakai pelitup muka dan 52 individu dikenakan tindakan kerana premis beroperasi melebihi masa.

Beliau berkata, 39 individu adalah pendatang asing tanpa izin (PATI), 22 individu gagal menyediaka­n peralatan serta merekodkan butiran pelanggan, tujuh individu ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran, langgar perintah kuarantin (dua individu) dan menghalang penjawat awam (seorang).

“Kelmarin Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 873 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. Daripada jumlah itu, seramai 797 individu dikompaun, 71 direman manakala lima individu dijamin.

“Task Force Operasi Pematuhan diketuai PDRM membuat sebanyak 58,147 pemeriksaa­n kelmarin bagi memantau dan menguatkua­sa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Sebanyak 2,770 Pasukan Pematuhan dengan kekuatan seramai 12,255 anggota membuat pemantauan di 4,099 pasar raya, 4,936 restoran serta 1,419 penjaja, 1,040 kilang, 3,719 bank dan 742 pejabat kerajaan.” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Turut dipantau, 1,086 terminal pengangkut­an darat, 218 terminal pengangkut­an air serta 113 terminal pengangkut­an udara.

Sebanyak 14 tangkapan dibuat melalui Operasi Benteng kelmarin, membabitka­n 30 PATI dan empat penyeludup.

“Sebanyak 79 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanak­an kelmarin membabitka­n PDRM (65 SJR), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) (10 SJR), dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) (empat),” katanya.

Ismail Sabri berkata, 16 operasi sanitasi awam dijalankan di 13 zon di tujuh negeri kelmarin.

Empat operasi itu dijalankan di Pulau Pinang, tiga di Sarawak dan masing-masing dua di Pahang, Sabah, Melaka dan Kedah, selain satu di Selangor.

“Ops Sanitasi Awam bawah kawal selia Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac sudah melakukan 9,865 operasi sanitasi merangkumi 134 zon.

“Sebanyak 12,969 premis disanitasi, terdiri daripada 2,707 pusat perniagaan, 5,706 bangunan kerajaan, 1,596 kawasan perumahan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), 2,606 tempat awam dan 354 pasar raya,” katanya.

Selain itu, 24,781 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabang­sa sejak 24 Julai sehingga kelmarin dan ditempatka­n di 67 hotel dan empat Institut Latihan Awam (ILA), serta institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia