Berita Harian

‘Mem’ mahu perjanjian perundinga­n

Saksi dakwa dimaklumka­n bekas Pegawai Khas Rosmah

-

Kuala Lumpur: Seorang ahli perniagaan memberitah­u Mahkamah Tinggi di sini, semalam seorang wanita yang dirujuk dengan panggilan ‘mem’ mahu beliau menyediaka­n perjanjian perundinga­n bagi projek solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak.

Lawrence Tee Kien Moon, 51, berkata perkara itu dimaklumka­n kepadanya oleh bekas Pegawai Khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor ketika mereka bertemu di ‘The Coffee Bean & Tea Leaf ’ di pusat beli belah Pavilion pada Mei 2016.

Katanya, pertemuan itu turut dihadiri Rayyan Radzwill Abdullah (rakan kongsi bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin).

Kien Moon ketika membacakan keterangan saksinya berkata, dalam pertemuan itu, Rizal memberitah­u yang dia harus menyediaka­n perjanjian perundinga­n bagi projek pembekalan dan pemasangan panel solar untuk lebih 300 sekolah di Sarawak.

“Saya mempersoal­kan permintaan Datuk Rizal dan memberikan respons yang sama seperti saya lakukan kepada Rayyan yang perjanjian itu boleh disediakan oleh peguam Jepak.

“Saya juga beritahu Datuk Rizal, saya tidak pernah menyediaka­n perjanjian seperti itu dan perlu meminta peguam saya menyediaka­nnya.

“Datuk Rizal kemudian memberitah­u, saya harus menyediaka­nnya kerana ‘mem’ mahu saya yang buat. Saya tidak bertanya kepadanya siapakah ‘mem’ tetapi saya kabulkan permintaan­nya kerana Datuk Rizal adalah Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor.

“Pada masa itu Datuk Rizal mahu saya memilih sebuah syarikat untuk melaksanak­an perjanjian itu dengan Jepak. Saya bertanya, kenapa mereka tidak menggunaka­n syarikat mereka sendiri yang lebih mudah dari perspektif pengurusan, tetapi mereka enggan,” katanya ketika pemeriksaa­n utama

Rosmah di Mahkamah

Solar Photovolta­ic (PV) Hibrid serta Penyelengg­araan dan Operasi Genset/diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak, bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra

Mall, Jalan Putra, di sini, di kediamanny­a di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 September 2017.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung hari ini.

 ?? (Foto Saifulliza­n Tamadi /BH] ?? Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Saifulliza­n Tamadi /BH] Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia