Berita Harian

Kedah kesan ajaran Islam terpesong

Kerajaan negeri siasat pelajar aliran agama sekolah menengah

- Oleh Noorazura Abdul Rahman dan Baharom Bakar bhnews@bh.com.my

Alor Setar: Kerajaan Kedah mengesan pelajar aliran agama sekolah menengah di sini, dipercayai terpesong daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah diamalkan.

Pengerusi Jawatankua­sa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Najmi Ahmad, berkata siasatan lanjut sudah dilakukan bagi menangani isu terbabit.

Katanya, kerajaan negeri bersama polis masih mengesan kaedah fahaman berkenaan disebar sehingga ke sekolah.

“Aliran ini agak ekstrem dan ada unsur gabungan ajaran tasawuf radikal. Kita akan bincangkan perkara ini dalam forum lebih besar,” katanya ketika ditemui di di sini, semalam.

Media semalam melaporkan berlaku penularan fahaman liberal berkembang agresif menerusi media sosial di negara ini.

Laporan itu menyebut, risikan polis mendapati fahaman dan ideologi itu termasuk ‘Freemason’ yang menjadi ancaman serius disebarkan melalui Facebook, Twitter, Youtube, Whatsapp dan Telegram sebagai alat propaganda songsang.

Najmi berkata, walaupun fahaman itu masih terkawal, pihaknya akan mengambil tindakan awal bagi mengekang gerakan terbabit.

“Ia bagi memastikan fahaman itu tidak merebak seperti fahaman al-arqam yang pernah menggempar­kan negara.

“Pelajar ini mempunyai fahaman agak ekstrem yang lari dengan cara negara kita mengamalka­n pemikiran sederhana.

“Saya akan lanjutkan perbincang­an dengan pihak keselamata­n. Kita akan kesan bagaimana fahaman ini masuk, termasuk mengenal pasti individu terbabit sebab agak susah kita nak kesan mereka ini secara zahir.

“Kita belum mengenal pasti jika ada guru terbabit atau tidak,” katanya.

Sementara itu di Kuala Terengganu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) juga menyiasat satu kes penularan fahaman liberal yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pesuruhjay­a JHEAT, Mat Azmi Arshad, berkata penceramah tanpa tauliah itu menyebarka­n fahaman liberal secara bersemuka dengan pengikutny­a di beberapa kediaman ahlinya.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mendapati penceramah bukan dari negeri ini turut menyebarka­n fahaman liberal kepada pengikutny­a menggunaka­n melalui media sosial.

“JHEAT sudah mengenal pasti penceramah berkenaan, tetapi dia hanya datang ke negeri ini untuk menyampaik­an kuliah sebulan atau dua sekali.

“Kita sudah mengenal pasti lokasi yang dikunjungi penceramah berkenaan dan pemantauan secara berterusan sedang dilakukan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mat Azmi berkata, JHEAT bekerjasam­a dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi penguat kuasa lain termasuk polis dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Pelajar ini mempunyai fahaman agak ekstrem yang lari dengan cara negara kita mengamalka­n pemikiran sederhana

Najmi Ahmad,

untuk mengambil tindakan ke atas penceramah berkenaan.

Bagaimanap­un, Mat Azmi mengakui penularan fahaman berkenaan kalangan Umat Islam di negeri ini masih terkawal, walaupun JHEAT tidak mempunyai kepakaran menyekat penularan itu melalui laman sosial.

Ketika mengulas mengenai kegiatan dan penularan semula ajaran Ayah Pin di Selangor, Mat Azmi menjelaska­n, pemantauan dan siasatan dilakukan di Kampung Batu 13, Hulu Besut mendapati ajaran itu tidak dihidupkan semula.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia