Berita Harian

Menteri nafi tak ambil tindakan penularan fahaman liberal

-

Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-bakri menafikan dakwaan kononnya pihak berkuasa agama di negeri tidak mengambil tindakan, berhubung penularan fahaman liberal di media sosial.

Beliau berkata, pihaknya maklum mengenai perkara itu secara umum dan pendekatan yang diambil pada kebiasaann­ya termasuk berbentuk nasihat dan perbincang­an.

“Dalam hal ini sebenarnya kita ada dua tiga perkara. Pertama sekali, saya mesti dapatkan maklumat yang jelas dan tepat dalam isu ini.

“Perkara ini bukan perkara yang kita tidak ambil tindakan. Kadang-kadang mereka (Majlis Agama Islam) melaksanak­annya dalam bentuk menasihati, berbincang dan seumpamany­a.

“Kita sudah ada (pendekatan dan tindakan) di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Sebagai contoh, pejabat mufti dan kita juga ada dalam fatwa peringkat kebangsaan atau muzakarah atau peringkat negeri termasuk Wilayah Persekutua­n. Kita sudah bersama-sama dalam mengemuka isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas perkara itu selepas menziarahi dan menyampaik­an keperluan tambahan kepada pelakon dan penyanyi veteren Mimi Loma di sini, semalam.

Zulkifli berkata, pihaknya akan mengambil pendekatan yang cepat dan berhemah dalam menangani isu fahaman liberal itu.

“Insya-allah, kita akan tengok yang terbaik untuk kita selesaikan sebaik mungkin,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Zulkifli berkata, keberkesan­an Aplikasi Mobile Jejak Asnaf atau MOJA, inisiatif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP), boleh menjadi contoh dan dilaksanak­an di negeri-negeri.

“Sejak ia diperkenal­kan (pada Jun), sebanyak 102 laporan diterima dan sebanyak 64 kes sudah selesai. Saya ingat kalau boleh perkasakan saya sasar 100 hingga 200 kes sebulan dan dalam 70 hingga 80 peratus yang dapat kita ambil tindakan segera.

“Aplikasi ini untuk jejak golongan asnaf melalui laporan yang dibuat orang awam. Kita boleh bentangkan dalam pertemuan dengan EXCO kerajaan negeri dan pengarah majlis agama Islam negeri dan mungkin dari situ masing-masing akan ada inisiatif,” katanya. BERNAMA

Kadang-kadang mereka (Majlis Agama Islam) melaksanak­annya dalam bentuk menasihati, berbincang dan seumpamany­a.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

 ??  ?? Zulkifli Mohamad Al-bakri,
Zulkifli Mohamad Al-bakri,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia