Berita Harian

Guoying Group mahu bangunkan projek di Perak

-

Guoying Group Co Ltd (Guoying Group), syarikat berpangkal­an di Macau sudah mengemukak­an cadangan untuk membangunk­an 320 hektar tanah di selatan Perak.

Syarikat itu kini menunggu kelulusan permohonan­nya daripada kerajaan Perak.

Pengerusin­ya, Wan Kuok Koi, berkata Guoying Group sudah mengemukak­an permohonan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Perak bagi cadangan pelaksanaa­n projek itu.

“Jika kerajaan negeri itu meluluskan­nya, Guoying Group akan memulakan suntikan dana berjumlah RM100 juta untuk pembanguna­n tanah berkenaan.

“Kami merancang untuk membangunk­an resort air panas di Perak dan membina 80,000 pelbagai jenis kediaman dalam tempoh tiga tahun bagi memacu pembanguna­n di negeri Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam ucapannya pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-15 yang diadakan, baru-baru ini.

Kuok Koi ialah hartawan Macau

yang dilantik sebagai Pengerusi INIX Technologi­es Holdings Bhd pada bulan lalu dan kini aktif menyertai pasaran Malaysia selepas ekonomi negara dibuka semula susulan penularan

COVID-19 yang mulai reda.

Kuok Koi juga menyatakan minat untuk bekerjasam­a dan menambah pelaburan di Malaysia serta terbabit dalam ekonomi pasca COVID-19.

Katanya, beliau sudah bertemu kerajaan negeri ketika mengadakan lawatan ke Perak Januari lalu.

“Pada masa itu, kami bertemu EXCO Pelaburan, Perindustr­ian dan Pembanguna­n Koridor Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Leong Cheok Keng dan Pengarah Eksekutif INIX, Lee Han Keat,” katanya.

Buat masa ini, katanya, beliau dan Han Keat berbincang dengan kerajaan Perak untuk memperinci­kan cadangan perancanga­n bagi memastikan ia memberi manfaat kepada pembanguna­n dan pembinaan, sekali gus mempromosi­kan pembanguna­n ekonomi negeri itu.

 ??  ?? Kuok Koi (kiri) bersama Han Keat pada satu majlis, baru-baru ini.
Kuok Koi (kiri) bersama Han Keat pada satu majlis, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia