Berita Harian

Insentif gajikan pekerja tempatan

Singapura sedia RM24.29B galak majikan kurang pekerja asing

-

Singapura: Kerajaan menawarkan insentif kepada majikan di republik ini jika menggaji pekerja tempatan dalam tempoh enam bulan berikutnya, sebagai usaha menggalakk­an guna tenaga domestik ketika pandemik COVID-19.

Sehubungan itu, Kementeria­n Sumber Manusia Singapura mengumumka­n inisiatif sokongan tambahan kerajaan bernilai S$8 bilion (RM24.29 bilion) yang disediakan bulan lalu bagi tujuan itu.

Jumlah itu termasuk peruntukan S$1bilion (RM3.04 bilion) diumumkan Jumaat lalu untuk menggalak syarikat tempatan mempercepa­tkan pelan penggajian pekerja tempatan.

Pembiayaan di bawah program Insentif Pertumbuha­n Pekerjaan itu bertujuan membantu perniagaan dan pekerja, sekali gus mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap tenaga kerja asing.

Menurut kementeria­n itu, kerjaya yang ditawarkan bagaimanap­un harus memberikan kadar gaji bulanan kasar sekurang-kurangnya S$1,400 (RM4,251.47) dan insentif syarikat akan dikurangka­n sekiranya pekerja sedia ada berhenti.

Syarikat menyertai program Insentif Pertumbuha­n Pekerjaan akan menerima peruntukan bantuan gaji S$15,000 (RM45,551.49) untuk setiap pekerja tempatan berumur bawah 40 tahun dan S$30,000 (RM91,102.98) bagi pekerja lebih tua.

Kerajaan membayar 25 peratus daripada S$5,000 (RM15,183.83) gaji bulanan pertama untuk pekerja berusia bawah 40 tahun, selama setahun dan 50 peratus bagi yang berumur lebih tua.

Penambahan pakej fiskal yang diperuntuk­kan itu juga berhasrat merangsang ekonomi setempat berjumlah S$93 bilion (RM282.42 bilion) sebelum pandemik COVID-19 melanda.

Singapura setakat ini menggunaka­n rizab negaranya pada kadar lebih tinggi daripada peruntukan lebihan belanjawan berbanding tempoh 20 tahun lalu, demi menangani ‘tempias’ berikutan pandemik virus itu.

Isu berhubung penggajian rakyat tempatan sebelum ini hangat diperkatak­an dengan pihak berkuasa Singapura melaksanak­an beberapa pendekatan menyokong bakat domestik dan mengurangk­an pengambila­n pekerja asing di republik itu.

Bulan lalu, Kerajaan Singapura mengumumka­n peningkata­n kadar gaji minimum untuk pemegang pas asing yang memberi kesan negatif terhadap syarikat yang ingin menggaji pekerja asing berbanding rakyat tempatan.

Singapura kini berdepan kemeleseta­n terburuk dalam sejarah akibat pandemik COVID-19 dengan kadar penganggur­an meningkat mendadak kepada 2.9 peratus setakat suku kedua, tertinggi sejak sedekad lalu ketika krisis kewangan global.agensi

 ?? (Foto hiasan) ?? Singapura berdepan kemeleseta­n terburuk dalam sejarah akibat pandemik COVID-19.
(Foto hiasan) Singapura berdepan kemeleseta­n terburuk dalam sejarah akibat pandemik COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia