Berita Harian

Sandra belum sedarkan diri, Dayang terkejut

-

Penyanyi Sandra Dianne yang ditimpa kemalangan ketika dalam perjalanan mengikuti latihan program realiti, Big Stage 2020 di Putrajaya, Sabtu lalu, masih tidak sedarkan diri.

Perkembang­an terkini Sandra disahkan wakil syarikat rakaman, Sony Music, Vea Norman.

Vea memberitah­u, keluarga Sandra masih berada di Hospital Putrajaya bagi mengikuti perkembang­an terkini penyanyi lagu Hey! Kau itu yang ditempatka­n di unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu, pihak produksi Big Stage 2020 masih menunggu status terkini penyanyi itu, sebelum membuat keputusan berhubung penyertaan Sandra dalam program berkenaan.

Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal, berkata apa juga keputusan yang diambil bergantung kepada nasihat doktor dan pakar.

“Astro dan seluruh warga produksi masih terkejut dan bersimpati dengan berita duka mengenai kemalangan jalan raya yang menimpa Sandra.

“Buat masa sekarang, fokus utama adalah untuk memastikan Sandra kembali sembuh. Kesihatan Sandra lebih mustahak. Kami berharap keluarga Sandra tabah menghadapi dugaan ini.

“Kami juga memohon agar semua pihak dapat memberi masa dan ruang kepada kami untuk bertenang sehingga keadaan lebih stabil. Sama-sama kita semua berdoa agar urusan Sandra dipermudah­kan,” katanya.

Emarina juga berkata, Sandra mendapat pengecuali­an daripada program berkenaan sehingga tempoh yang akan diberitahu. Sandra juga terus dibayar elaun sehingga Big Stage 2020 berakhir.

Sementara itu, bekas mentor Sandra ketika bersaing dalam program realiti Mentor Legend 2014, Dayang Nurfaizah, terkejut dan sedih sebaik mendapat tahu kecelakaan menimpa penyanyi itu.

Dayang berharap dapat berjumpa Sandra, namun, memahami keadaan bekas anak didiknya itu tidak memungkink­an dia berbuat demikian.

“Sebaik mendapat berita mengenai Sandra, saya seperti tidak percaya. Saya sentiasa mendoakan mudah-mudahan dia cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.

“Saya turut bersimpati dengan keluarga Sandra dan berharap keluargany­a terus kuat,” katanya.

Dalam insiden Sabtu lalu, Sandra bersama seorang lagi penumpang dipercayai sepupunya dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) bagi menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat.

Dilaporkan, dalam kejadian

Sandra Dianne

jam 2.30 petang itu, kereta dinaiki mereka dikatakan membrek secara mengejut sebelum hilang kawalan dan terbalik.

Mangsa dikatakan memandu di lorong kanan sebelum tibatiba membrek dan kemudian melanggar dua lagi kenderaan yang berada di lorong sama.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia