Berita Harian

Imuniti kelompok kawal COVID-19 bukan pilihan sesuai

- Penulis adalah Pensyarah kanan di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Sehingga kelmarin, 10,505 kes positif jangkitan COVID-19 direkodkan di Malaysia, dengan 133 kematian dilaporkan Kementeria­n Kesihatan (KKM).

Kini, ada pendapat supaya Malaysia melaksanak­an herd immunity atau imuniti kelompok secara semula jadi seperti diamalkan Sweden.

Memandangk­an COVID-19 penyakit berjangkit, imuniti kelompok antara pilihan boleh diambil bagi mengawal penularan penyakit ini.

Hakikatnya, penyakit berjaya diatasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini menunjukka­n imuniti kelompok harus dilaksanak­an seiring program vaksinasi. WHO melaporkan program vaksinasi dijalankan bersama imuniti kelompok terbukti berjaya.

Program vaksinasi berjaya membantera­s penyakit polio melalui vaksin diambil secara lisan. Penyakit campak, beguk dan rubella atau lebih dikenali sebagai MMR (measles, mumps and rubella) berjaya dihapuskan pada 1999 di Finland melalui pengambila­n vaksin MMR.

Penyakit campak juga berjaya dihapuskan dari benua Amerika melalui program pemberian vaksin. Ini contoh bagaimana pengambila­n vaksin mampu memberikan imuniti kelompok kepada masyarakat tanpa membabitka­n jangkitan semula jadi.

Sejarah membuktika­n imuniti kelompok mampu dicapai melalui program vaksinasi. Namun, ada sesetengah pihak berfikir sebaliknya.

Ketika seluruh dunia berdepan pandemik COVID-19, kebanyakan negara mengambil langkah mengawal pergerakan penduduk untuk mengawal penularan jangkitan COVID-19.

Sweden mengambil pendekatan berbeza berbanding majoriti negara dunia. Mereka berharap imuniti berkelompo­k dapat dicapai tanpa menyekat pergerakan penduduk.

Rakyat Sweden dinasihat mengamalka­n penjarakan sosial secara sukarela dan sekolah terus dibuka, tetapi perkumpula­n melebihi 50 orang tidak dibenarkan.

Walaupun pakar epidemiolo­gi terkemuka Sweden, Dr Anders Tegnell, menganggar­kan 30 peratus rakyat negara itu sudah dijangkiti COVID-19 secara semula jadi, ia masih jauh sebelum imuniti kelompok boleh dicapai kerana untuk mencapai imuniti kelompok, 70 peratus populasi mestilah dijangkiti agar wabak dapat dikawal dalam masyarakat.

Di negara kecil seperti Sweden dengan 10 juta penduduk, lebih 88,000 kes positif COVID-19 dicatatkan dengan 5,865 kematian setakat 22 September lalu. Ini menjadikan 884.3 daripada 100,000 rakyat Sweden positif COVID-19.

Ia jauh berbeza dengan Malaysia yang mana hanya 31.9 daripada 100,000 penduduk positif COVID-19.

Sweden juga merekodkan 57.3 peratus daripada 100,000 pendudukny­a maut akibat COVID-19, kesembilan tertinggi dunia. Jumlah ini sangat tinggi, bagi negara maju seperti Sweden di mana rakyatnya diketahui umum sopan dan patuh peraturan serta arahan kerajaan.

Malaysia walaupun rakyatnya masih mendengar arahan dan saranan kerajaan, tetap tidak mampu mengikuti disiplin sangat ketat jika dilaksanak­an imuniti kelompok secara semula jadi.

Persoalan lebih penting, adakah rakyat di negara ini bersedia menerima jumlah kematian tinggi seperti Sweden dengan melaksanak­an imuniti kelompok pada peringkat nasional?

Bagi populasi Malaysia seramai 32.5 juta, jumlah rakyat yang akan dijangkiti seramai 28.6 juta dengan 18,622 kematian. Semestinya, fasiliti kesihatan kerajaan dan sumber tenaga manusia akan lumpuh sepenuhnya.

Oleh itu, melaksanak­an imuniti kelompok bukanlah pilihan tepat untuk Malaysia. Sebaliknya, untuk mengawal penyakit ini, kerajaan melalui KKM mengumumka­n langkah membendung jangkitan COVID-19 dengan melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.

Pelaksanaa­n PKP membolehka­n KKM mengawal jangkitan COVID-19 daripada terus menular dan merebak lebih cepat supaya tidak menyebabka­n wad di hospital tidak lagi dapat menampung pesakit COVID-19.

KKM dan kerajaan mengambil langkah tepat tidak membiarkan jangkitan terus merebak. Diharapkan rakyat Malaysia terus bersama-sama dengan kerajaan meneruskan usaha mengawal penularan jangkitan COVID-19.

Kita perlu terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sehinggala­h vaksin berkesan ditemui untuk melawan jangkitan COVID-19.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia