Berita Harian

Negeri Sembilan rancang majukan perkampung­an untuk pesara di Port Dickson

Projek bakal dilaksana dalam RKK pesisiran pantai Port Dickson

- Oleh Mohd Amin Jalil bhnews@bh.com.my

Seremban: Kerajaan negeri merancang untuk mewujudkan perkampung­an persaraan yang dilengkapi pelbagai kemudahan sebagai langkah memastikan golongan pesara kerajaan mendapat pembelaan sewajarnya.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata program itu disenaraik­an dalam Rancangan Kawasan Khas (RKK) persisiran pantai Port Dickson, namun tapak sebenar sedang dikenal pasti.

“Kerajaan negeri sentiasa prihatin dengan golongan pesara dan melalui Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pesisiran Pantai Port Dickson, kita mempunyai cadangan untuk mewujudkan perkampung­an persaraan (retirement village).

“Selain, membangunk­an kawasan perumahan, komponen pembanguna­n itu nanti adalah yang mesra pesara dengan beberapa kemudahan diwujudkan seperti pusat kejururawa­tan, infrastruk­tur mesra orang kelainan upaya (OKU), taman rekreasi dan landskap yang berkonsep ‘wellness’.

“Kemudahan lain termasuk hospital swasta dan klinik kesihatan. Tapaknya terletak dalam kawasan Malaysian Vision Valley (MVV). Insya-allah sama-sama kita doakan rancangan ini berjaya direalisas­ikan,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penghargaa­n Pesara Pentadbira­n Kerajaan Negeri Sembilan 2019, di sini semalam.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Zulkefly Mohamad Omar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Razali Abdul Malik.

Seramai 146 pesara yang bersara sepanjang tahun lalu diraikan dalam majlis berkenaan.

Dalam pada itu, Aminuddin mengingatk­an pesara supaya berhati-hati dan mengelak daripada menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam.

Beliau berkata, laporan yang dikeluarka­n oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, mendapati kira-kira RM6.2 bilion nilai kerugian membabitka­n jenayah komersial direkodkan sepanjang tahun lalu.

Katanya, laporan juga mendapati ramai pesara yang menjadi mangsa sindiket Macau Scam sehingga menggugat masa depan mereka.

“Justeru, pesara perlu bersikap lebih peka dan melakukan semakan dengan pihak berkuasa atau agensi berkaitan sekiranya menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meragukan.

“Jangan dedahkan maklumat peribadi dan jangan terlalu cepat percaya hingga terus melakukan transaksi bank kepada individu tidak dikenali bagi mengelak daripada menanggung kerugian,” katanya.

 ??  ??
 ?? (Foto Azrul Edham Mohd Aminuddin/bh) ?? Aminuddin menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pesara, Harun Johari pada Majlis Penghargaa­n Pesara Pentadbira­n Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2019 di Seremban, semalam.
(Foto Azrul Edham Mohd Aminuddin/bh) Aminuddin menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pesara, Harun Johari pada Majlis Penghargaa­n Pesara Pentadbira­n Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2019 di Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia