Berita Harian

Majoriti kes penularan dalam negara sejak seminggu lalu dari Sabah

Kes sejak 20 September hingga semalam babit individu berurusan kerja, bercuti dan PRN

- Oleh Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@bh.com.my

Putrajaya: Sejak 20 September lalu hingga semalam, kebanyakan kes COVID-19 yang menular di Semenanjun­g mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

Ia membabitka­n mereka yang ke negeri itu kerana urusan kerja, bercuti mahupun terbabit dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berakhir Sabtu lalu.

Malah, setakat ini, sekurang-kurangnya dua kluster yang dikesan di Semenanjun­g, termasuk Kluster Bakawali di Johor yang diumumkan semalam, kes indeksnya mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 63 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini dari 20 September hingga tengah hari semalam, mempunyai sejarah pulang dari Sabah.

Beliau berkata, semalam saja, 17 kes positif baharu COVID-19 yang dicatatkan Kementeria­n Kesihatan membabitka­n individu yang pulang dari negeri itu.

Beliau berkata, sembilan daripada kes baharu itu dikesan di Selangor yang semuanya membabitka­n warganegar­a.

Katanya, lapan lagi kes lain dikesan di Kuala Lumpur, Kedah, Perak, Melaka, Kelantan, Pulau

Sekarang kepatuhan SOP untuk semua, bukan sahaja yang berkempen, juga petugas barisan hadapan perlu mematuhi SOP baru dapat putuskan jangkitan.

Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

Pinang, Putrajaya dan Perlis.

“Kes indeks bagi kluster ini (Kluster Bakawali) iaitu kes ke-10,911 dan kes ke-10,912 adalah pasangan suami isteri warganegar­a Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah pada 13 September 2020 sehingga 18 September lalu.

“Pada 24 September 2020, kedua-dua kes demam, selesema dan batuk yang kemudian mendapatka­n rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Mereka didapati positif COVID-19 pada 26 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Johor.

“Hasil saringan kontak rapat mendapati dua lagi kes positif bagi kluster ini,” katanya pada sidang media COVID-19, di sini, semalam.

Kementeria­n Kesihatan juga mengesan empat kluster baharu iaitu dua di Sabah dikenali Kluster Jalan Bomba serta Kluster Jalan Utara, satu di Selangor yang dikenali sebagai Kluster Benteng PK, dan satu lagi di Johor dikenali sebagai Kluster Bakawali.

Sebelum ini, satu kluster dilaporkan membabitka­n kes indeks yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah iaitu Kluster Jalan Apas yang dikesan di Klang, Selangor.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, kementeria­n memerlukan tempoh dua minggu lagi untuk mengetahui sama ada wujud ketidakpat­uhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) ketika kempen PRN Sabah.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima aduan berhubung perkara itu.

Katanya, aktiviti pencegahan sudah dilaksanak­an termasuk 98 sekatan jalan raya serta kawalan sempadan diperketat­kan dan pengesanan kontak rapat.

Semua aktiviti itu, katanya membolehka­n KKM mengesan kes di Sabah.

“Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini dan Slim, tiada kluster (kerana) mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Sekarang ini kepatuhan SOP untuk semua, bukan saja yang berkempen, juga petugas barisan hadapan perlu mematuhi SOP baru dapat putuskan jangkitan,” katanya.

Penularan semula kes COVID-19 di Sabah dikesan dengan dua kes indeks yang ditahan dalam operasi Benteng dan kemudianny­a ditempatka­n di lokap Polis Lahad Datu dan Penjara Tawau.

Sejak itu, kes positif COVID-19 di negeri itu mulai meningkat termasuk menjangkit­i beberapa ahli politik yang turun berkempen pada PRN Sabah.

Semalam, kementeria­n merekodkan 101 kes positif baharu COVID-19, dengan 97 daripadany­a membabitka­n penularan tempatan.

Katanya, daripada jumlah kes positif baharu itu, 93 kes membabitka­n rakyat tempatan, manakala empat lagi membabitka­n warga asing.

Beliau berkata, seramai 73 individu dikesan positif COVID-19 di Sabah iaitu 51 dalam Kluster Bangau-bangau; lapan saringan bergejala; tiga dalam kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bomba; dua daripada Kluster Benteng LD; dua daripada Kluster Kuarters; dua daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Utara dan masing-masing satu kes saringan rujukan ke Hospital Sandakan; kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; kes saringan di Pintu Masuk Antarabang­sa; kes saringan petugas kesihatan dan saringan komuniti.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia