Berita Harian

Bendung COVID-19, pulih ekonomi Sabah fokus Hajiji

KM baharu yakin menteri dilantik mampu galas tugas

- Oleh Izwan Abdullah, Yun Mikail dan Rafiqah Dahali bhnews@bh.com.my

Kota Kinabalu: Kerajaan baharu pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi tumpuan kepada usaha memulihkan ekonomi negeri dan membendung penularan pandemik COVID-19.

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, berkata beliau melihat penularan pandemik COVID-19 sebagai cabaran utama yang perlu dihadapi kerajaan pimpinanny­a.

“Kita harap mereka yang diberi amanah supaya melaksanak­an tugas dengan seberapa baik yang mungkin kerana kita mengambil-alih kerajaan ini dalam suasana yang bukan biasa. Ekonomi terjejas akibat COVID-19 dan matlamat kita ialah memulihkan ekonomi. Saya yakin menteri yang dilantik akan menggalas tanggungja­wab dengan baik.

“Saya yakin mereka ada pengalaman dan boleh melaksanak­an tanggungja­wab untuk membela nasib rakyat negeri ini,” katanya pada sidang media pertama selepas melapor diri di Pejabat Ketua Menteri, di Tingkat 32, Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS), di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri, iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Dr Joachim Gunsalam.

Hajiji yang juga ADUN Sulaman dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, menyifatka­n pelantikan beliau adalah penyempurn­aan kepada mandat rakyat untuk menubuhkan kerajaan baharu.

“Sesungguhn­ya saya adalah Ketua Menteri kepada kerajaan negeri yang inklusif dan akan memberikan khidmat kepada semua rakyat Sabah tanpa mengira latar belakang dan pegangan politik,” katanya.

Hajiji yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah selepas mendapat persetujua­n daripada semua kepimpinan parti gabungan GRS untuk beliau menerajui pentadbira­n kerajaan negeri yang baharu.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pada jam 10.32 pagi semalam.

Pada Pilihan Raya Negeri Sabah pada Sabtu lalu, Hajiji mempertaha­nkan kerusi DUN Sulaman yang disandangn­ya sejak 1990 dengan majoriti 3,099 undi.

Turut mengangkat sumpah jawatan semalam ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah yang juga ADUN Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai

Timbalan Ketua Menteri. Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang juga ADUN Tambunan, Datuk Dr Jeffry Kitingan, menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri II. Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) yang juga ADUN Kundasang, Datuk Dr Joachim Gunsalam pula sebagai Timbalan Ketua Menteri III.

Timbalan Ketua BERSATU Sabah yang juga ADUN Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun dan Setiausaha Agung PBS yang juga ADUN Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, turut mengangkat sumpah jawatan semalam. Kedua-dua Masidi dan Jahid berstatus Menteri Kanan Kabinet Sabah.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai PN, BN dan PBS memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih pentadbira­n kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN) pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16, Sabtu lalu apabila memperoleh 38 daripada keseluruha­n 73 kerusi DUN negeri.

Mengulas isu ketiadaan wakil masyarakat Cina dalam Kabinet baharu negeri, Hajiji berkata, perkara itu adalah antara pertimbang­an yang diambil kira dalam pelantikan lima lagi jawatan menteri, selain jawatan pembantu menteri.

“(Perkara) itu kita akan bincang dengan rakan dalam PN, BN dan PBS. Kita buat yang terbaik untuk mentadbir negeri Sabah ini,” katanya mengulas soalan sama ada kerajaan pimpinanny­a akan mewujudkan semula jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik untuk membolehka­n masyarakat Cina dan minoriti dibawa masuk dalam Kabinet beliau.

Berdasarka­n kebiasaan, Sabah memiliki tiga Timbalan Ketua Menteri, masing-masing mewakili Bumiputera Islam, Bumiputera Bukan Islam dan Cina. Bagaimanap­un, GRS tidak memiliki ADUN mewakili masyarakat Cina selepas semua calonnya kalah pada PRN.

Sementara itu, dua timbalan ketua menteri, Jeffrey dan Joachim masing-masing bertekad memberikan khidmat terbaik untuk rakyat negeri Sabah. Bung Moktar pula tidak dapat ditemubual kerana ada majlis lain.

 ??  ??
 ?? (Foto BERNAMA)P ?? Hajiji pada sidang media mengumumka­n Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Bung Moktar Radin (tiga dari kiri) sebagai Menteri Kerja Raya Sabah di Pejabat Ketua Menteri di Kota Kinabalu, semalam.
(Foto BERNAMA)P Hajiji pada sidang media mengumumka­n Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Bung Moktar Radin (tiga dari kiri) sebagai Menteri Kerja Raya Sabah di Pejabat Ketua Menteri di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia