Berita Harian

Dana bantu usahawan Bumiputera masih banyak

Baki RM500 juta disediakan PENJANA masih dibuka

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@nstp.com.my

Baki dana Pembiayaan Mudah Bumiputera berjumlah RM500 juta disediakan kerajaan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), masih banyak dan dibuka untuk permohonan. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata RM200 juta daripada dana itu ditawarkan menerusi PUNB, manakala RM300 juta lagi melalui MARA.

Kemudahan pembiayaan adalah dari RM100,000 sehingga RM1 juta bagi tempoh sehingga lima tahun pada kadar faedah 3.5 peratus setahun berserta moratorium sehingga enam bulan dari tarikh pengeluara­n.

Tengku Zafrul Tengku Aziz, Menteri Kewangan

Kuala Lumpur: Baki dana Pembiayaan Mudah Bumiputera berjumlah RM500 juta yang disediakan kerajaan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), masih banyak dan dibuka untuk permohonan.

Dana yang diumumkan kerajaan Jun lalu ditawarkan menerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sebanyak RM200 juta, manakala RM300 juta menerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Daripada jumlah itu, hanya RM16.22 juta telah disalurkan oleh PUNB sehingga 18 September lalu, manakala jumlah yang sudah disalur menerusi MARA masih belum diperoleh.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata peruntukan dana berkenaan adalah bertujuan memastikan kelangsung­an usahawan Bumiputera dalam mendepani kesan pandemik COVID-19.

“Menerusi dana yang disalurkan PUNB, ia tertumpu kepada kegunaan modal kerja; perbelanja­an operasi; automasi sistem; serta peralatan dan perbelanja­an untuk melaksanak­an prosedur operasi standard (SOP) seperti amalan penjarakan fizikal dan kegunaan alat perlindung­an diri.

“Kemudahan pembiayaan adalah dari RM100,000 sehingga RM1 juta bagi tempoh sehingga lima tahun pada kadar faedah 3.5 peratus setahun berserta moratorium sehingga enam bulan dari tarikh pengeluara­n.

“Sehingga 18 September 2020, sebanyak RM16.22 juta telah disalurkan dan memanfaatk­an 41 perniagaan Bumiputera,” katanya ketika membentang­kan Laporan LAKSANA Ke-23 Pelaksanaa­n

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) secara maya, di sini, semalam.

Tengku Zafrul berkata, MARA pula menyediaka­n pinjaman modal kerja untuk membantu usahawan Bumiputera yang terjejas, termasuk sektor pendidikan swasta dengan had maksimum pinjaman RM1 juta dengan kadar faedah 3.5 peratus setahun.

Bagi Skim Pemulihan Perniagaan Tekun (TBRS) kata Tengku Zafrul, setakat 18 September lalu, sebanyak RM73.6 juta telah disalurkan dan memanfaatk­an 11,059 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro.

“Pembiayaan Mikro Kredit PENJANA di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menyalurka­n RM55.31 juta dan memanfaatk­an 1,480 PKS dan PKS Mikro setakat 18 September lalu.

“Bagi pembiayaan PKS PENJANA, kerajaan telah memperuntu­kkan dana berjumlah RM2 bilion dan memberi keutamaan kepada PKS yang belum pernah mendapat pinjaman dari bank sebelum ini.

“Sehingga 18 September 2020, sebanyak 3,058 permohonan PKS telah diluluskan dengan nilai pinjaman RM742.8 juta,” katanya.

 ??  ??
 ?? (Foto hiasan) ?? Peruntukan dana bagi memastikan kelangsung­an usahawan Bumiputera dalam mendepani kesan COVID-19.
(Foto hiasan) Peruntukan dana bagi memastikan kelangsung­an usahawan Bumiputera dalam mendepani kesan COVID-19.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia