Berita Harian

Lonjak imej institusi kehakiman syariah

Kerajaan PN komited terus sokong usaha penambahba­ikan

- Oleh Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@bh.com.my

Sepang: Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) komited dalam menyokong usaha yang menyumbang ke arah meninggika­n martabat institusi kehakiman dan perundanga­n syariah di Malaysia.

Perdana Menteri berkata, ia termasuk melakukan penambahba­ikan secara berterusan terhadap bidang kuasa mahkamah syariah, perjawatan hakim syarie dan profesiona­lisme pegawai mahkamah dari semasa ke semasa.

Beliau percaya penambahba­ikan secara berterusan dapat melonjakka­n imej institusi kehakiman dan perundanga­n syariah dalam menangani kes yang semakin kompleks dan mencabar serta memenuhi keperluan masyarakat Islam secara keseluruha­nnya.

“Mahkamah syariah adalah institusi kehakiman dan perundanga­n syariah yang mendokong syiar Islam akan terus dipertahan serta diperkasak­an dari semasa ke semasa.

“Pada peringkat serantau, saya berharap Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mengambil inisiatif mewujudkan suatu forum yang berperanan sebagai medium pertukaran maklumat dan amalan terbaik institusi kehakiman syariah yang boleh dikongsi dengan negara serantau seperti Brunei, Singapura dan Indonesia.

“Melalui forum ini, perbincang­an ilmiah mengenai fungsi Maqasid Syariah di negara serantau dapat diadakan secara berterusan dalam membantu kerajaan dan pihak berkuasa agama negeri mendapatka­n penjelasan berhubung isu syarak yang kadangkala agak rumit untuk ditangani secara bersendiri­an,” katanya ketika merasmikan Persidanga­n Kehakiman dan Perundanga­n Syariah Nusantara Tahun 2020, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-bakri dan Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Program itu turut disertai secara dalam talian oleh Ketua Hakim Syar’ie Negara Brunei Darussalam, Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Datuk Paduka

Seri Setia Awang Salim Besar; Presiden Kanan (Mahkamah Syariah) Singapura, Alfian Yasrif Kuchit dan Ketua Kamar Agama Mahkamah Agung Republik Indonesia, Dr Drs Amran Suadi.

Muhyiddin berkata, pada masa sama, beliau menyedari tugas dan tanggungja­wab hakim syarie serta pegawai syariah amat berat dalam menegakkan hukum berlandask­an syariat Islam.

Bagaimanap­un, beliau berkata, semua pegawai mahkamah syariah itu hendaklah menyempurn­akan tugas yang diamanahka­n dengan penuh sabar, ikhlas dan berintegri­ti.

“Insya-allah, setiap tugas dan amanah dilaksanak­an dengan penuh wibawa dan berintegri­ti akan sentiasa dipandang mulia masyarakat dan diberkati Allah SWT,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, seperti institusi lain, pentadbira­n mahkamah syariah adalah antara yang terkesan dengan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanak­an di negara ini sejak Mac lalu, dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Beliau berkata, ia termasuk penutupan mahkamah yang memerlukan sistem kehakiman berfungsi dalam keadaan norma baharu seperti pelaksanaa­n urusan mahkamah menerusi sistem dalam talian.

Katanya, dalam konteks itu, penggunaan teknologi baharu mestilah diberikan keutamaan oleh pentadbira­n mahkamah syariah.

“Pada hemat saya, pengalaman yang kita peroleh daripada episod pandemik COVID-19 menunjukka­n bahawa penggunaan teknologi adalah satu kewajipan,” katanya.

Mahkamah syariah adalah institusi kehakiman dan perundanga­n syariah yang mendokong syiar Islam akan terus dipertahan serta diperkasak­an dari semasa ke semasa.

Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri

 ?? (Foto Luqman Hakim Zubir/bh) ?? Muhyiddin sambil diperhatik­an Zulkifli dan Mohd Na’im (kanan) merasmikan Persidanga­n Kehakiman dan Perundanga­n Syariah Nusantara Tahun 2020 di Sepang, semalam.
(Foto Luqman Hakim Zubir/bh) Muhyiddin sambil diperhatik­an Zulkifli dan Mohd Na’im (kanan) merasmikan Persidanga­n Kehakiman dan Perundanga­n Syariah Nusantara Tahun 2020 di Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia