Berita Harian

Bung Moktar anggap tukar portfolio bukan isu besar

-

Kota Kinabalu: Pertukaran portfolio dalam kabinet di negeri ini adalah mengikut kesesuaian, bukannya isu besar yang boleh mengganggu gugat pentadbira­n kerajaan negeri, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

“Cuma salah faham dalam komunikasi antara rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah. Perubahan boleh berlaku ikut kesesuaian, ...tiada masalah pun,” katanya mengulas perubahan portfolio menteri disandang pada sidang media di kediamanny­a di

Luyang, semalam.

Pada Istiadat Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah Ke-16 di Istana Negeri Sabah pagi semalam, Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah diumumkan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Bagaimanap­un pada sidang media petang semalam, Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor mengumumka­n Bung Moktar sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Menteri Kerja Raya.

Timbalan Ketua Parti Pribumi

Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Masidi Manjun yang sebelum ini diumumkan sebagai Menteri Kerja Raya pada istiadat sebelah pagi, diumumkan Hajiji sebagai Menteri Kewangan II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata, pihaknya teruja kerana kini adalah sebahagian kerajaan dan menjadi tanggungja­wab mereka membantu membangunk­an negeri dan juga rakyat.

“Kami akan saling bekerjasam­a dan saya juga yakin kami akan bertahan lama dalam kerajaan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Bung Moktar berkata beliau akan melapor diri ke pejabat Kementeria­n Kerja Raya hari ini dan berjumpa dengan pengarah di kementeria­n bagi meminta penjelasan hala tuju kementeria­n.

“Di samping itu kami mengutamak­an apa yang ada dalam kementeria­n seperti yang telah kami dijanjikan kepada rakyat,” katanya.

Mengulas penularan wabak COVID-19 di Sabah, Bung Moktar memaklumka­n beliau sudah diberi taklimat penuh oleh Setiausaha

Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong.

Sementara itu, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) meletakkan jawatan Timbalan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya susulan pelantikan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah.

Jeffrey ketika mengesahka­n peletakan jawatan itu, berkata beliau sudah menghantar surat meletak jawatan sebagai timbalan menteri kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia