Berita Harian

Pemimpin matang jamin kesejahter­aan rakyat Sabah

Peluang GRS perintah, berpegang teguh sembilan teras Aku Janji

- Oleh Veena Rusli veena@bh.com.my

Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan, Datuk Masidi Manjun menampakka­n sisi dirinya yang budiman dan penuh kematangan menerusi satu ciapan berbahasa Inggeris di Twitter, petang semalam.

“What a day! Less than 3 hours after being appointed Works Minister, I am now Local Government & Housing Minister. I swapped job with Bung. Please don’t ask me the reasons. I will tell all after I retire.”

“Kurang tiga jam selepas dilantik sebagai Menteri Kerja Raya, saya kini adalah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Saya bertukar jawatan dengan

Bung. Jangan tanya saya kenapa. Saya akan ceritakan selepas bersara.”

Masidi yang juga Timbalan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, antara pemimpin Negeri di Bawah Bayu yang tenang dalam segala hal, namun amat komited dalam tugasnya, seperti ketika menjadi Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar di bawah Kabinet negeri pimpinan Tan Sri Musa Aman.

Rakyat Sabah memerlukan kematangan seperti itu untuk membawa mereka meniti lembaran baharu di bawah payung kerajaan pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibentuk pada Hari Malaysia tanggal 16 September lalu.

Laluan ditempuh Datuk Hajiji Noor sebelum menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16 dipenuhi pelbagai spekulasi serta prasangka, namun semua diatasi dengan baik.

Tradisi pelantikan tiga Timbalan Ketua Menteri masing-masing mewakili kuota Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menunjukka­n kepentinga­n komponen kekal dijaga, manakala ketiadaan wakil kaum Cina dalam senarai diumumkan semalam akan diambil kira apabila lima lagi menteri dilantik.

Semua serba baharu. Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) selaku komponen PN, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Naib Presiden PBS, Datuk Dr Joachim Gunsalam mesti berlapang dada mengetepik­an apa juga perbezaan serta saki-baki ketidakpua­san hati demi masa depan rakyat.

Hajiji berdepan tanggungja­wab besar dan sukar tetapi tidak mustahil dalam mencorakka­n hala tuju negeri yang dilingkari persekitar­an amat getir.

Paling mencabar pastinya usaha menangani penularan COVID-19 yang terus meresahkan di Sabah, selain penyelaras­an bantuan bagi penduduk susulan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbira­n di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna.

Rakyat menunggu hala tuju pelan ekonomi Kabinet Hajiji, terutama selepas pentadbira­n negeri kembali sehaluan dengan Kerajaan Persekutua­n, sekali gus wajar membawa limpahan nikmat kemakmuran yang memanfaatk­an setiap lapisan masyarakat.

Isu periuk nasi rakyat, keluhan anak muda mengintai pekerjaan, sektor pelanconga­n ketandusan hasil serta pertumbuha­n ekonomi yang suram tahun lalu, adalah antara ‘hidangan’ perlu ditelan Hajiji bersama barisan pimpinanny­a.

Jelak dengan pelbagai permainan politik dan melihat mandat diberi dimomokkan, rakyat bersuara apabila memberi peluang kepada GRS memerintah Sabah sambil berpegang kepada sembilan teras Aku Janji yang dibentangk­an dua minggu lalu.

Pemimpin kadang-kadang lupa mengotakan kata, namun rakyat sentiasa ingat akan janji mereka. Untuk itu, Hajiji layak diberi peluang membuktika­n dirinya sebagai Ketua Menteri dengan sokongan kerangka ampuh yang bakal menjadi tulang belakang pentadbira­n

Kurang tiga jam selepas dilantik sebagai Menteri Kerja Raya, saya kini adalah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Saya bertukar jawatan dengan Bung. Jangan tanya saya kenapa. Saya akan ceritakan selepas bersara.

Masidi Manjun, ADUN Karanaan

negeri.

Pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 adalah masa untuk semua bertaut kembali dan meyakinkan rakyat bahawa undi yang dipangkah pada 26 September lalu, adalah keputusan menjamin kesejahter­aan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia