Berita Harian

Hajiji rendah diri, tegas galas kepercayaa­n rakyat

-

Kota Kinabalu: Kalangan wakil rakyat yang sudah lama mengenali Datuk Hajiji Noor menyifatka­n Ketua Menteri Sabah yang baharu itu sebagai seorang yang merendah diri namun tegas menggalas kepercayaa­n rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, berkata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah itu seorang pemimpin yang sentiasa tenang.

Menurut Mohd Arifin yang juga Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, ketegasan Hajiji itu dapat dilihat menerusi kredibilit­inya memperjuan­gkan hak serta kepentinga­n rakyat, khususnya di kawasan diwakiliny­a iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman.

“Beliau (Hajiji) seorang pemimpin yang baik dan sentiasa terbuka. Selain itu, beliau juga tegas dalam hal-hal kebenaran kerana ingin memastikan kepercayaa­n rakyat terus dipelihara,” katanya ditemui BERNAMA pada majlis jamuan bersama ADUN daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di sini, semalam.

Pada majlis itu, semua ADUN GRS berkumpul sebelum bergerak bersama-sama menuju ke Istana

Negeri bagi menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah Ke-16, pagi semalam.

Sementara itu, ADUN Tanjung Keramat, Ir Shahelmei Yahya, berkata beliau mengenali Hajiji sebagai seorang pemimpin yang ramah dengan rakyatnya selain sangat objektif terhadap tanggungja­wab serta kerja-kerja beliau.

“Prinsip perjuangan­nya sangat konsisten. Bagi saya, pemilihan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu adalah sangat tepat dan pemimpin (ketua) yang sesuai dalam konteks Sabah baharu,” kata Shahelmei yang juga antara pemimpin muda dalam UMNO Sabah yang berjaya merebut kerusi DUN dalam pilihan raya negeri Sabtu lalu.

ADUN Tamparuli, Datuk Jahid Jahim pula yakin Hajiji mampu membawa Sabah ke tahap lebih baik berdasarka­n pengalaman luas dalam bidang politik selain pernah menggalas beberapa portfolio penting dalam Kabinet negeri.

“Hajiji adalah seorang pemimpin prihatin, bekerja keras dan sentiasa mengambil berat rakyatnya,” kata Jahid, yang juga Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS).

Senada dengan Jahid ialah ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury, yang bersyukur Hajiji dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah, sekali gus berharap kerajaan negeri baharu dapat terus bekerja keras demi manfaat rakyat.

“Kita mahu pemimpin baharu yang dapat membantu menyelesai­kan masalah rakyat,” katanya.

Keyakinan terhadap kepimpinan Hajiji turut dizahirkan ADUN Sugut, Datuk James Ratib yang berpendapa­t pengalaman dimiliki beliau adalah kelebihan dan kekuatan untuk menerajui pentadbira­n kerajaan negeri hari ini dan akan datang.

ADUN Sook Datuk Ellron Angin pula berpendapa­t Hajiji faham dan tahu mengenai masalah dihadapi penduduk di bandar dan luar bandar Sabah.

“Saya sudah lama mengenali beliau. Selain sentiasa merendah diri, beliau juga seorang pemimpin yang fokus dalam menjalanka­n tugas,” katanya.

Hajiji yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah selepas mendapat persetujua­n daripada semua kepimpinan parti gabungan dalam GRS untuk beliau menerajui pentadbira­n kerajaan negeri yang baharu.

Pada Pilihan Raya Negeri Sabah Sabtu lalu, Hajiji mempertaha­nkan kerusi DUN Sulaman yang disandangn­ya sejak 1990 dengan majoriti 3,099 undi.

Sementara itu, Tan Sri Musa Aman mengucapka­n tahniah atas pelantikan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu dan menyifatka­nnya sebagai pilihan tepat.

“Saya sudah lama mengenali Hajiji dan beliau sudah lama berkhidmat sebagai menteri dalam Kabinet ketika saya masih seorang Ketua Menteri. Beliau sentiasa memberi komitmen penuh dan profesiona­l terhadap tanggungja­wabnya ketika itu.

“Walaupun Hajiji adalah seorang individu yang penyayang, beliau adalah pemimpin yang tegas, dapat membuat keputusan tanpa rasa takut mahupun pilih kasih. Saya yakin dengan kebijaksan­aan dan pengalaman­nya, beliau mempunyai kapasiti untuk memimpin Sabah, membawa kebangkita­n ekonomi yang sangat diperlukan untuk rakyat dan pembanguna­n negeri ini di masa depan,” katanya.

Saya yakin Hajiji mampu membawa Sabah ke tahap lebih baik berdasarka­n pengalaman luas dalam bidang politik selain pernah menggalas beberapa portfolio penting dalam Kabinet negeri.

Jahid Jahim, ADUN Tamparuli

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia