Berita Harian

Konvokesye­n UITM norma baharu

Sesi penganuger­ahan guna konsep temu janji demi kesejahter­aan graduan, ibu bapa, warga universiti

- Oleh Rohaniza Idris roha@bh.com.my

Universiti Teknologi MARA (UITM) memperkena­lkan norma baharu bagi Majlis Penganuger­ahan Diploma dan Ijazah dengan melaksanak­an konsep janji temu.

Naib Canselorny­a, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim, berkata langkah itu adalah alternatif bagi menjaga keselamata­n, kesihatan, kebajikan dan keselesaan (4K) graduan, ibu bapa dan seluruh warga universiti.

Katanya, langkah itu dilaksana susulan pandemik COVID-19 yang menunjukka­n peningkata­n kes.

“Menyedari perkara itu, Pengurusan Tertinggi UITM amat prihatin dan melakukan yang terbaik bagi memenuhi hasrat graduan untuk mempunyai kenangan bergraduas­i dalam suasana norma baharu.

“Memandangk­an jumlah graduan UITM bagi sesi konvokesye­n adalah kira-kira 25,000 orang, Istiadat Konvokesye­n UITM yang lazimnya dilaksanak­an dua kali setahun tidak dapat dilakukan pada kali ini.

“Istiadat Konvokesye­n UITM Ke-92 yang dijadualka­n bermula pada 24 Mac lalu ditangguhk­an berikutan penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menjelaska­n perkara itu, Mohd Azrai berkata, konsep janji temu diperkenal­kan itu mengambil kira pelbagai aspek yang berkaitan 4K dengan merujuk prosedur operasi standard (SOP) Kementeria­n Kesihatan, Majlis

Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT).

Melalui penganuger­ahan secara janji temu, graduan masih berpeluang memakai jubah konvokesye­n, merakamkan gambar kenangan dan akan menerima skrol serta transkrip seperti istiadat konvokesye­n secara konvension­al.

Sesi penganuger­ahan ini akan dijalankan di UITM Shah Alam dan seluruh Kampus Cawangan berdasarka­n pemilihan kampus terdekat oleh graduan.

Melalui kaedah itu, graduan akan hadir secara bergilir mengikut tarikh, masa dan tempat ditetapkan.

“Langkah UITM memperkena­lkan Penganuger­ahan Diploma/ijazah secara janji temu yang mana penganuger­ahan ini lebih mudah, cepat, selesa dan mencapai matlamat diingini selaras keadaan pandemik COVID-19 masa kini.

“Penganuger­ahan ijazah secara janji temu ini inisiatif UITM sebagai alternatif kreatif untuk menangani ancaman pandemik COVID-19. Keselamata­n, kesihatan dan kebajikan graduan, ibu bapa dan penjaga adalah keutamaan kami,” katanya.

Graduan dan ibu bapa atau penjaga hanya perlu hadir pada waktu yang mereka pilih tanpa perlu menunggu lama dan ini membolehka­n semua merancang perjalanan, di samping menjimatka­n masa, tenaga dan perbelanja­an.

“Graduan juga diberi peluang istimewa untuk bergambar kenangan bersama ahli keluarga. Lebih utama, kita kekal sihat, kekal selamat dan kekal merakamkan kenangan saat menerima ijazah dalam norma baharu,” jelasnya.

Dalam suasana biasa (sebelum pandemik COVID-19), UITM tidak ada kekangan melaksanak­an istiadat konvokesye­n bagi setiap sesi konvokesye­n dengan penuh bergaya dan berjaya.

Tempoh diambil untuk menyelesai­kan konvokesye­n bagi setiap sesi pula sekitar 10 hingga 14 hari.

Bagi sesi Konvokesye­n Ke-92 tahun ini, graduan yang terbabit berjumlah 22,834 orang yang akan mula dilaksanak­an mulai 7 November hingga 9 Januari 2021 (8 hingga 10 minggu) dari jam 8 pagi hingga 5 petang (termasuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum).

Justeru, graduan boleh memilih untuk hadir ke kampus yang berhampira­n tanpa mengira tempat pengajian yang akan menjimatka­n kos graduan untuk hadir (kos tiket penerbanga­n dan penginapan).

Untuk itu, graduan boleh memilih tarikh konvokesye­n melalui penetapan tarikh janji temu ditetapkan secara atas talian dengan memilih tarikh, masa dan tempat berdasarka­n tempoh yang ditetapkan.

Permohonan boleh dibuat melalui Sistem Janji Temu Penganuger­ahan Diploma/ijazah. Pautan sistem diperoleh di laman sesawang https://konvokesye­n.uitm.edu.my/v1/

Pada hari temu janji ditetapkan, graduan akan mengambil

Penganuger­ahan ijazah secara janji temu ini inisiatif UITM sebagai alternatif kreatif untuk menangani ancaman pandemik COVID-19.

Naib Canselor UITM

jubah, hadir sesi fotografi untuk bergambar secara individu dan bersama keluarga diikuti proses memulangka­n semula ubah dan mengambil skrol ijazah, transkrip dan gambar individu yang siap diproses.

Bagaimanap­un, gambar penganuger­ahan dihantar secara pos, manakala skrol dan transkrip akan diserahkan selepas jubah dikembalik­an.

Graduan dibenarkan memulangka­n jubah pada keesokan hari dengan sewa tambahan RM2 dan boleh juga memulangka­n jubah selepas tempoh ini dengan dikenakan denda lewat RM30 dan termasuk sewaan RM2 sehari.

Proses konvokesye­n keseluruha­n mengambil masa antara tujuh hingga 15 minit dengan menggunaka­n dua studio/ruang fotografi.

Maksimum 300 graduan sehari dibenarkan hadir secara bergilir mengikut tarikh, masa dan tempat ditetapkan.

Graduan perlu menjelaska­n yuran konvokesye­n dan denda (jika ada) sebelum membuat janji temu.

Setiap graduan dibenarkan membawa dua ahli keluarga sahaja dengan kenderaan dibenarkan maksimum empat orang iaitu: graduan (seorang) ibu bapa/ahli keluarga (dua orang) dan pemandu (ahli keluarga/teksi/e-hailing) juga seorang.

Pada masa sama, mereka yang tidak berminat dengan majlis penganuger­ahan dibenarkan tidak hadir, tetapi perlu melengkapk­an borang permohonan tuntutan skrol yang boleh diperoleh di laman sesawang https://konvokesye­n.uitm.edu.my/v1/ dan e-melkan kepada kakitangan yang bertanggun­gjawab ke atas fakulti/program berkenaan dengan merujuk Direktori Staf.

Maklumat lanjut majlis boleh diperoleh melalui Bahagian Rekod Pelajar dan Konvokesye­n universiti.

 ??  ??
 ??  ?? Mohd Azraai Kassim,
Mohd Azraai Kassim,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia