Berita Harian

Kerajaan baharu Sabah boleh guna formula Pusat

- Penulis adalah Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbira­n & Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UITM) Kampus Kota Kinabalu

Akhirnya selepas hampir tiga hari, kerajaan baharu Sabah dibentuk apabila Datuk Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, pagi semalam. Banyak spekulasi timbul mengapa ia agak lambat disempurna­kan hingga menimbulka­n keresahan awam.

Menjawab persoalan ini bukan mudah. Apatah lagi bagi negeri dengan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang memiliki kira-kira 1.2 juta pengundi. Kita menyaksika­n 20 parti dan 447 calon bertanding, termasuk di 15 kerusi membabitka­n pertanding­an lima penjuru, enam penjuru (26), tujuh penjuru (13) dan paling menarik, satu kerusi 11 penjuru, iaitu DUN Bengkoka.

Bagaimanap­un, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini nampak ‘ringkas’ apabila Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi 38 kerusi, Parti Warisan Sabah (WARISAN) Plus (32) dan Bebas (tiga), sekali gus memberikan keputusan luar jangka.

Namun, keputusan yang nampak ringkas inilah menjadi antara punca pemilihan Ketua Menteri Sabah dan seterusnya pembentuka­n kerajaan negeri baharu sedikit mengambil masa.

Dari sudut jumlah kerusi, sesetengah pihak melihat jawatan Ketua Menteri sepatutnya milik UMNO sebagai parti memenangi jumlah terbesar, iaitu 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), diikuti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) (11), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) (enam) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) (tujuh).

Namun, jika perbanding­an dibuat berdasarka­n Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN), kemenangan PN lebih besar berbanding BN (17 kerusi berbanding 14). Dengan faktor ini sebagai angkubah, maka pemilihan Ketua Menteri daripada parti utama PN, iaitu BERSATU ialah keputusan logik.

Justeru, apabila Hajiji yang juga Pengerusi PN Sabah dan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri baharu, manakala Pengerusi BN Sabah yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri, maka apa berlaku di Perak kini berulang di Sabah.

Hakikatnya, keputusan UMNO untuk mengalah bukan suatu tindakan mudah. Apatah lagi dengan mengambil kira sumbangan dan pengalaman yang diberikan jentera UMNO dan BN sepanjang kempen PRN SAPBS bah itu. Justeru, pemberian laluan itu sebenarnya menjadi cerminan kepada kekusutan kuasa besar dalam GRS.

Bagaimanap­un, kekusutan yang berlaku itu sudah semestinya perlu dilerai dengan sebaik yang mungkin. Jika tidak, GRS mungkin tidak akan mampu bertahan lama. Sekiranya salah percaturan, nasib sama menimpa WARISAN akan berlaku kepada GRS pula.

Hal itu sebenarnya satu kebarangka­lian yang realistik. Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

(yang tidak dinamakan) mendakwa sudah menerima tawaran untuk melompat parti.

Apa yang berlaku itu mungkin kes terpencil, tetapi ia sekurang-kurangnya membayangk­an integriti dan kestabilan GRS bakal teruji. Dakwaan itu juga memberikan petunjuk bahawa amalan lompat-melompat, politik wang dan matlamat menghalal cara ini masih belum dapat dibanteras sepenuhnya.

Mengambil kira sejarah yang pernah berlaku itu, adalah baik sekiranya GRS terus menganggap usaha tawar-menawar dan lobi-melobi akan sentiasa tetap wujud dan berterusan. Malah, tiada siapa pun harus percaya ia berakhir.

Kewajipan menangani ancaman sebeginila­h yang mesti dijadikan tugas pertama kerajaan GRS selepas Hajiji mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.

Justeru, bagi memastikan kerajaan yang stabil seperti era bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dahulu, GRS mesti mengendurk­an ketegangan kuasa dalam gabungan itu secepat mungkin. Mungkin cara dan formula bagaimana integriti Kerajaan Persekutua­n PN dapat dikekal serta berfungsi baik hingga hari ini boleh dijadikan panduan.

Mengekal kestabilan politik Sabah, amat penting demi kemaslahat­an dan kebajikan rakyat serta pembanguna­n ekonomi dan infrastruk­tur

Negeri di Bawah Bayu itu. Sebagai ahli politik veteran dan berpengala­man luas, Hajiji pasti sudah ada idea dan perancanga­n mengenai apa yang beliau perlu lakukan.

Lagipun, sokongan daripada Kerajaan Persekutua­n pasti akan melicinkan lagi pentadbira­n kerajaan Sabah PASCA-WARISAN ini.

Hakikatnya, kesulitan yang dialami GRS dalam pemilihan dan penentuan calon Ketua Menteri sebelum ini menjadi manifestas­i perebutan kuasa. Ia mungkin akan diterjemah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dikatakan akan berlaku tidak lama lagi.

Apa yang PN lakukan dalam tahun ini akan menjadi panduan kepada apa yang bakal dilakukan sekutunya. BN terutama UMNO ialah nama besar dalam politik di Sabah dan negara ini. Begitu juga parti gabungan PN yang lain, iaitu PBS dan STAR.

Sudah tentu sebagai parti baharu, BERSATU tidak memiliki pengalaman seperti yang dimiliki parti lain. Bagaimanap­un, sebagai parti yang menjadi sauh PN, impak rekod pentadbira­n baik dan polisi mesra rakyat mungkin cukup membolehka­nnya kekal berkuasa bagi tempoh panjang.

Apapun, segala-galanya kini terserah kepada kebijaksan­aan pimpinan GRS.

Justeru, bagi memastikan kerajaan yang stabil seperti era bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dahulu, GRS mesti mengendurk­an ketegangan kuasa dalam gabungan itu secepat mungkin. Mungkin cara dan formula bagaimana integriti Kerajaan Persekutua­n PN dapat dikekal serta berfungsi baik hingga hari ini boleh dijadikan panduan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia