Berita Harian

Sokongan penjawat awam pulih semula ekonomi negara

- Penulis adalah Presiden CUEPACS

Pasca pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksika­n tumpuan banyak diberikan kepada sektor perkhidmat­an awam terutama dalam usaha membantu kerajaan melaksanak­an pelan pemulihan ekonomi negara yang terjejas teruk akibat penularan COVID-19.

Harapan tinggi itu dizahirkan sendiri Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta penjawat awam memainkan peranan penting dalam usaha mempercepa­t pemulihan ekonomi negara.

Selain menghapusk­an kerenah birokrasi, Perdana Menteri turut mengusulka­n penubuhan jawatankua­sa atau pasukan petugas khas untuk meneliti dan mengubah sistem penyampaia­n penjawat awam yang diguna pakai selama ini bagi mempercepa­tkan pemulihan ekonomi.

Perhatian khusus diberikan Perdana Menteri bukan bermaksud penjawat awam ketika ini berada pada tahap tidak memuaskan, sebaliknya lebih kepada mahu menyuntik semangat kerja agar penjawat awam meningkatk­an lagi keberkesan­an dalam sistem penyampaia­n dan urus tadbir ke tahap lebih tinggi.

Harus diakui keberkesan­an dalam sistem penyampaia­n dan tadbir urus baik dalam perkhidmat­an awam menjadi pemangkin kepada kejayaan negara keluar daripada kemelut ekonomi tidak menentu ketika ini.

Tanpa faktor ini, sukar untuk sesuatu program dan dasar membantu rakyat dapat dilaksanak­an dengan jayanya.

Dalam hal ini, penjawat awam sentiasa terbuka dengan harapan tinggi kerajaan dan rakyat yang mahu langkah memulihkan ekonomi negara dilaksanak­an segera bagi mengelakka­n kesan lebih buruk kepada kesejahter­aan dikecapi Malaysia.

Pelbagai inisiatif dilaksanak­an dalam perkhidmat­an awam bagi memastikan perkhidmat­an berkesan terus diterima rakyat walaupun dalam situasi kebimbanga­n mengenai penularan COVID-19 yang masih lagi aktif.

Semua peringkat penjawat awam bermula pengurusan tertinggi seperti ketua setiausaha dan ketua pengarah hingga kumpulan pelaksana diterapkan dengan mindset atau corak pemikiran untuk menjadi pemudah cara kepada rakyat.

Kita lihat sahaja semua ketua setiausaha dan ketua pengarah ketika ini ditetapkan dengan petunjuk prestasi utama (KPI) yang perlu dicapai bagi memastikan program menggerakk­an ekonomi pascapkp dilaksanak­an mengikut perancanga­n.

Jika KPI itu gagal dilaksanak­an, mereka perlu bersemuka terus dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali. Begitu juga semua penjawat awam lain, mereka bukan sahaja dipantau ketua jabatan masing-masing, bahkan dinilai secara terus rakyat yang merasai sendiri kualiti perkhidmat­an.

Bagaimanap­un, tugas untuk memastikan negara kembali berada di landasan terbaik untuk keluar daripada ketidakten­tuan ekonomi tidak boleh diletakkan di atas bahu penjawat awam sahaja kerana sokongan daripada semua rakyat amat diperlukan.

Sokongan daripada rakyat adalah keperluan wajib dizahirkan tidak kira dalam masa sudah atau senang.

Mengambil contoh kejayaan petugas barisan hadapan mengawal penularan COVID-19 sebelum ini, usaha itu tentu menjadi sukar dan tidak akan berhasil sekiranya tidak mendapat sokongan serta kerjasama rakyat.

Kepatuhan rakyat dalam mengikuti semua arahan dikeluarka­n pihak berkuasa bagi mengekang penularan COVID-19 memudahkan lagi petugas barisan hadapan yang terdiri daripada penjawat awam melaksanak­an tugas mereka.

Tugas penjawat awam akan menjadi lebih mudah jika mendapat kerjasama masyarakat dan perkara sebaliknya akan terjadi sekiranya kerjasama diperlukan itu tidak diberikan.

Berbeza negara luar seperti Indonesia, Amerika Syarikat (AS) dan India, situasi COVID-19 yang melanda negara terbabit masih lagi tinggi disebabkan tiada kerjasama rakyat walaupun pelbagai usaha pencegahan dilaksanak­an kerajaan masing-masing.

Itu sebabnya Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) melihat keperluan sokongan daripada semua masyarakat kepada penjawat awam dalam memastikan setiap agenda kerajaan untuk memulihkan semula ekonomi negara dapat dilaksanak­an dengan jaya.

Sekiranya ada teguran yang mahu disampaika­n kepada perkhidmat­an awam, biarlah ia dilihat sebagai mendidik dan jika mengkritik pula biar kritikan itu membina.

CUEPACS akui terdapat kes pelanggara­n integriti membabitka­n penjawat awam dan sudah pasti rakyat akan berasa kecewa apabila mendengar berita berkenaan.

Apa-apa kesalahan berkaitan integriti atau rasuah sekalipun yang membabitka­n penjawat awam, ia tidak mewajarkan keseluruha­n perkhidmat­an kerajaan dilabelkan sebagai bersalah atas tanggungja­wab kes terpencil.

Masyarakat tidak seharusnya menyalahka­n keseluruha­n sektor perkhidmat­an awam hanya disebabkan beberapa kesalahan yang membabitka­n sebilangan kecil penjawat awam sahaja.

CUEPACS juga berharap agar penjawat awam harus sedar dan sentiasa mengingati prinsip atau ikrar sebagai penjawat awam.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia