Berita Harian

Manfaat teknologi tangani penceroboh­an hutan simpan

- Penulis adalah Felo Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Sejak akhir-akhir ini, pelbagai bentuk kegiatan dan kejadian penceroboh­an haram tanah kerajaan banyak dilaporkan di media massa dan media sosial.

Ada menceroboh tanah tepi sungai untuk membina rumah dan kilang, menceroboh tanah kerajaan untuk membina rumah ibadat, kegiatan pertanian, menceroboh serta mencuri kayu balak, mencuri pasir, menarah gunung dan memburu sebagai pemburu haram.

Kini kegiatan itu turut dilakukan warga asing yang membunuh hidupan liar negara yang dilindungi. Namun, berita terbaharu seperti dilaporkan ialah penceroboh­an hutan simpan untuk menanam durian musang king.

Semua bentuk penceroboh­an ini amat berkait rapat dengan alam sekitar, iaitu khazanah negara yang tidak ternilai harganya atau lebih tepat lagi khazanah anugerah Allah SWT untuk Malaysia.

Penceroboh­an tanah di tepi sungai akan mengakibat­kan pencemaran sungai, manakala penceroboh­an terhadap hidupan liar akan mengancam spesies hampir pupus dan akan hilang buat selamanya-lamanya.

Penceroboh­an gunung batu kapur untuk dijadikan batu marmar yang akhirnya peranan gunung-ganang sebagai pasak bumi semakin membimbang­kan.

Semua penceroboh­an yang dilakukan ini disebabkan untuk mengejar ganjaran dengan mengaut untung berjuta-juta tetapi generasi akan datang terpaksa menanggung derita dan negara akan hilang khazanah tidak ternilai ini.

Di manakah silapnya? Adakah rakyat Malaysia kurang diberi pendedahan berkaitan dengan kesalahan menceroboh tanah kerajaan atau mungkin setiap tanah kerajaan harus dipacak papan tanda mengatakan ‘Tanah Hak Milik Kerajaan Penceroboh Akan Didakwa’ atau disebabkan amalan rasuah yang semakin berleluasa.

Peranan penguat kuasa pada masa kini harus dikaji semula. Semakin ramai bilangan penguat kuasa kemungkina­n semakin banyak amalan rasuah. Jadi, peranan penguat kuasa ini sedikit demi sedikit harus diambil alih teknologi termasuk kepintaran buatan (AI), dron dan satelit.

Sebagai contoh, penggunaan teknologi terkini melalui aplikasi Sistem Forest Monitoring Using Remote Sensing bagi mengesan perubahan litupan kawasan hutan. Sistem ini disokong dengan penggunaan dron yang memberi gambaran kawasan secara masa sebenar. Gambar hutan yang dicerobohi akan dapat dirakam dan pusat kawalan boleh mengambil tindakan dengan segera.

Begitu juga penggunaan kamera litar tertutup (CCTV). Hutan simpan mungkin perlu dipasangka­n dengan CCTV supaya dapat memantau keselamata­n hutan simpan. CCTV bukan sekadar merakam video dan merekodkan peristiwa tetapi boleh bertindak mengikut keperluan pengguna. Kecanggiha­n CCTV bukan hanya pada kameranya tetapi formula matematik yang digunakan dalam sistemnya dapat menganalis­is situasi sebenar.

Selain itu, langkah pemantauan juga boleh memanfaatk­an Light Detection and Ranging (LIDAR) yang digunakan untuk memeriksa permukaan bumi. Secara asasnya, LIDAR mengandung­i laser, pengimbas dan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) yang bertindak sebagai penerima. Dengan adanya teknologi LIDAR, kita dapat memeriksa dan memantau alam sekitar khazanah negara.

Sebenarnya banyak lagi teknologi yang boleh digunakan dengan menawarkan pelbagai kelebihan. Walaupun teknologi ini mungkin dilihat mahal, dari segi maruah ia jauh lebih bermaruah berbanding amalan rasuah yang berlaku dalam kalangan penguat kuasa.

Jika dilihat dari perspektif Islam pula, kerosakan yang berlaku adalah disebabkan tangan manusia seperti firman Allah SWT: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan tangan manusia.” (Al-rum: 41)

Kita boleh melihat kerosakan ini berlaku di sekeliling kita. Jika kita melalui Projek Lebuhraya Utara-selatan (PLUS) dari Kuala Lumpur ke

Ipoh dan apabila sampai di Tol Ipoh kita dapat lihat pemandanga­n di sebelah kanan bagaimana penarahan bukit yang giat berlaku di Simpang Pulai.

Ia menjadi pemandanga­n amat menyedihka­n. Bukit yang begitu cantik sedang dimusnahka­n semata-mata untuk mendapat keuntungan peribadi.

Pemandanga­n sebegini tidak terdapat di New Zealand misalnya. Kita perlu belajar bagaimana negara berkenaan menjaga khazanah hingga hari ini. Jika kita berkunjung ke New Zealand, kita boleh lihat betapa cantiknya pemandanga­n di negara mereka. Mereka tidak menceroboh tanah kerajaan, merosakkan gunung-ganang atau membuang sampah-sarap ke dalam sungai secara haram.

Malah, sesiapa yang pernah berkunjung atau bekerja di New Zealand, pasti akan mendapati kita boleh terus sahaja minum air dari paip, tanpa perlu membeli air mineral dalam botol plastik yang akhirnya akan dicampakka­n, memasang penapis air atau meletakkan klorin ke dalam air. Mereka menikmati air segar dari sungai atau pergununga­n.

Sungai tidak dianggap sebagai sumber kehidupan tetapi tempat membuang sampah dan sisa toksin. Kita lihat bagaimana baru-baru ini berlaku pembuangan sisa kilang ke dalam sungai yang akhirnya menjejaska­n jutaan penduduk.

Apakah kerana hanya segelintir orang mendapat untung, kita dan generasi akan datang terpaksa menanggung padah terutama apabila bekalan air tergendala selama beberapa hari. Begitu juga apabila kita balik kampung sungai yang dahulunya jernih dan menyegarka­n, kini bertukar ke warna teh tarik.

Apabila ditanya kenapa berlaku sedemikian, orang kampung menjawab ada projek di hulu sungai.

Begitu juga penggunaan kamera litar tertutup (CCTV). Hutan simpan mungkin perlu dipasangka­n dengan CCTV supaya dapat memantau keselamata­n hutan simpan. CCTV bukan sekadar merakam video dan merekodkan peristiwa tetapi boleh bertindak mengikut keperluan pengguna.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia