Berita Harian

Pakej menarik The Taaras Beach & Spa Resorts hingga 2021

Pusat peranginan tak ditutup biarpun musim angin monsun bermula akhir Oktober ini

- Oleh Mohamad Fariq Mdfariq@yahoo.com

Apa yang menarik, kami tawarkan beberapa pakej istimewa dan jangan lepaskan peluang ini dengan harga yang menarik yang sukar untuk dilepaskan.

Syed Ali Shahul Hameed, Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Land & Resorts

Kuala Lumpur: The Taaras Beach & Spa Resorts di Pulau Redang, Terengganu menawarkan beberapa pakej percutian menarik kepada pengunjung dan akan terus beroperasi sepanjang musim tengkujuh yang dijangka bermula akhir Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Land & Resorts, Syed Ali Shahul Hameed, berkata The Taaras Beach & Resort akan terus dibuka dan pastinya mampu menjadi lokasi percutian cukup ideal buat pengunjung sehingga akhir tahun ini.

“Kami akan sentiasa membuka pintu dengan menawarkan perkhidmat­an terbaik kepada pengunjung sehingga akhir Disember ini.

“Lebih tepat lagi, The Taaras Beach & Spa Resorts tidak ditutup biarpun musim angin monsun dikatakan akan bermula pada akhir Oktober ini.

Meskipun, keseluruha­n resort pulau di negeri Pantai Timur Semenanjun­g ditutup kepada pelancong bermula November sehingga Februari saban tahun, The Taaras Beach & Spa Resort yang terletak di Pulau Redang kekal beroperasi sepanjang tahun sejak 2019.Istimewany­a, resort ini adalah ia dilindungi dua teluk, menjadikan destinasi pelanconga­n unik di pulau berkenaan untuk terus beroperasi sehingga hujung tahun dan ketika musim monsun.

“Apa yang menarik, kami tawarkan beberapa pakej istimewa dan jangan lepaskan peluang ini dengan harga yang menarik yang sukar untuk dilepaskan.

“Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda, bawalah keluarga tersayang untuk menikmati percutian di Taaras Beach & Spa Resorts yang mana pintu kami sentiasa terbuka sehingga akhir tahun ini,” katanya.

Oleh demikian, Syed Ali berkata, The Taaras Beach & Spa Resort menawarkan tujuh pakej menarik untuk pengunjung yang sukar untuk dilepaskan.

The Taaras Beach & Resort yang menghadap laut China Selatan ini mempunyai 158 suite serta bilik serta villa peribadi dengan lima bilik menampilka­n hiasan dalaman tropika moden.

Sebelum ini, resort berkenaan pernah diiktiraf Tripadviso­r sebagai pemenang Anugerah Pilihan Pengembara 2020 dan menduduki kedudukan 10 teratas bagi perniagaan hospitalit­i dunia.

Bukan sahaja menampilka­n penginapan mewah, resort ini turut dilengkapi makmal Unit Penyelidik­an Penyu Laut yang menyediaka­n maklumat mengenai aktiviti konservasi dan pendidikan penyu.

Fasiliti penyelidik­an itu diuruskan oleh sekumpulan saintis dan pembantu penyelidik­an terlatih dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Selain acara sukan pantai, pengunjung juga boleh bersantai bermain ombak di pantai, selam skuba, berenang, snorkling atau berlayar dengan kapal layar di sepanjang teluk sekitar resort.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Beach Brasserie yang menghadap laut memberi ketenangan kepada pengunjung untuk menjamu selera.
Beach Brasserie yang menghadap laut memberi ketenangan kepada pengunjung untuk menjamu selera.
 ??  ?? Asean All Day Dining menyajikan pelbagai juadah.
Asean All Day Dining menyajikan pelbagai juadah.
 ??  ?? Honeymoon Suite
Honeymoon Suite
 ??  ?? Ocean Front Suite
Ocean Front Suite

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia