Berita Harian

Kes kematian diklasifik­asi ikut garis panduan WHO

Langkah wujudkan keseragama­n data di seluruh dunia

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir yusri.muzamir@bh.com.my

Kuala Lumpur: ditetapkan WHO. Kita bentang dalam Pusat Kesiapsiag­aan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), pagi tadi (semalam). Sebab kes COVID-19 jika tak buat apa-apa pun 70 peratus akan sembuh.

“Itu yang ada orang dakwa kalau makan kuah pindang atau daun semambu boleh sembuhkan COVID-19. Sebenarnya 70 peratus pesakit COVID-19 kalau biar pun boleh ‘survive’ (sembuh), 30 peratus (pesakit) akan ada gejala dan lima peratus perlukan alat bantuan pernafasan, tetapi kalau orang itu ada CO-COVID (penyakit sampingan) semestinya akan meningkat (risiko),” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Bicara Emas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertemakan ‘Menangani Berita Palsu dalam Situasi Penularan Pandemik COVID-19’ di sini, semalam.

Kelmarin, Kementeria­n Kesihatan melaporkan, tiada pertambaha­n kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatifn­ya kekal 134 kes, iaitu 1.22 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

Mengambil contoh dua kes kematian berkaitan COVID-19 di negara ini yang hanya dikenal pasti selepas saringan dilakukan ke atas mayat mangsa, Rohaizat menyifatka­n ia sebagai tidak tepat bagi proses pengumpula­n data.

“Baru-baru ini, ada seorang pemandu kemalangan, apabila kita mahu kebumikan (mayat) kita saring dan dia positif COVID-19. Jadi dia masuk dalam kematian akibat COVID-19. Ini tidak betul.

“Sebab jika dia tak memandu atau kemalangan (tetapi) dia ada COVID (mungkin) dia mati tak? 70 peratus dia tak mati. Jadi dia mati bersama COVID-19, tetapi bukan disebabkan COVID-19.

“Satu kes lagi yang gantung diri dan bila saring (mayat mangsa) dia positif COVID-19. Jadi mati sebab COVID-19 ke gantung diri?” katanya.

 ?? (Foto Owee Ah Chun/bh) ?? Dr Rohaizat pada program Bicara Emas UKM bertemakan ‘Menangani Berita Palsu dalam Situasi Penularan Pandemik COVID-19’ di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Owee Ah Chun/bh) Dr Rohaizat pada program Bicara Emas UKM bertemakan ‘Menangani Berita Palsu dalam Situasi Penularan Pandemik COVID-19’ di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia