Berita Harian

UMK tangguh kemasukan pelajar Sabah, Zon Merah

-

Kota Bharu: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menangguhk­an kemasukan penuntut baharu dan lama secara bersemuka dari Sabah dan Zon Merah COVID-19.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa), Prof Dr Mohd Rafi Yaakob, berkata selain itu, penangguha­n juga dilakukan terhadap individu yang mempunyai sejarah perjalanan dari Sabah dalam tempoh 14 hari sebelum hari pendaftara­n.

Katanya, tindakan itu diambil selari dengan kenyataan yang dikeluarka­n oleh Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) yang menyaranka­n semua institusi pengajian tinggi (IPT) menangguhk­an pendaftara­n kemasukan penuntut baharu dan lama dari kawasan Zon Merah secara bersemuka yang dijadualka­n bermula Oktober ini.

“Proses pendaftara­n penuntut baharu dan lama dari Sabah dan Zon Merah hendaklah dilakukan secara dalam talian dan kembali ke UMK mengikut prosedur sedia ada selepas keadaan kembali pulih bagi negeri Sabah dan Zon Merah.

“Bagi penuntut baharu dan lama yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah dan Zon Merah dalam tempoh 14 hari sebelum

Proses pendaftara­n penuntut baharu dan lama dari Sabah dan Zon Merah hendaklah dilakukan secara dalam talian.

tarikh pendaftara­n juga ditangguhk­an kemasukan ke UMK seperti mana saranan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, kemasukan penuntut baharu dan lama bukan dari Sabah dan Zon Merah adalah seperti dijadualka­n dan perlu patuhi garis panduan ditetapkan.

“Justeru, Ketua Pusat Tanggungja­wab dan mahasiswa UMK dinasihat mengambil langkah waspada dalam mencegah risiko penularan COVID-19 di UMK dengan mematuhi sepenuhnya SOP ditetapkan dan mengutamak­an langkah keselamata­n,” katanya.

Prof Dr Mohd Rafi Yaakob, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia