Berita Harian

Pemilihan vaksin muktamad awal 2021

-

Kuala Lumur: Kerajaan mungkin memuktamad­kan pemilihan vaksin COVID-19 menjelang awal tahun depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata data daripada beberapa ujian klinikal vaksin COVID-19 yang berada pada fasa ketiga, dijangka dianalisis hujung tahun ini.

MOSTI juga sedang berbincang dengan Kementeria­n Kesihatan, Kementeria­n Kewangan dan Jabatan Peguam Negara berkenaan implikasi undang-undang dan model perolehan bagi vaksin COVID-19.

“Kita juga sedang berbincang dengan syarikat farmaseuti­kal antarabang­sa lain bagi pembekalan terus tanpa melalui pelan peruntukan vaksin COVID-19 Vaccine Global Access (Covax).

“Saya sudah meminta satu perjanjian dengan China dimuktamad­kan secepat mungkin berikutan draf perjanjian hampir siap,” katanya selepas melancarka­n pengecas tanpa wayar nanotech (METT) yang pertama di Malaysia, di sini semalam.

Khairy berkata, rundingan dengan Covax bagi penyertaan Malaysia

Khairy Jamaluddin Abu Bakar,

bagi mendapatka­n kemudahan vaksin COVID-19 yang diperlukan, masih berlangsun­g.

“Ada beberapa perkara yang masih dalam perbincang­an dengan Covax. Kemudahan ini adalah kemudahan pembelian awal, jadi model perolehan ini agak luar biasa. Kita bayar untuk benda yang masih belum wujud,” katanya.

Antara syarikat yang memulakan ujian klinikal terakhir vaksin COVID-19 termasuk Moderna, Pfizer and Biontech, Astrazenec­a, University of Oxford dan Johnson & Johnson. BERNAMA

Saya sudah meminta satu perjanjian dengan China dimuktamad­kan secepat mungkin berikutan draf perjanjian hampir siap.

Menteri Sains, Teknologi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia