Berita Harian

Laporan pasukan khas tangani isu FELDA siap

Pelbagai cadangan dibuat terutama bagi selesai masalah aliran tunai

-

Putrajaya: Laporan Pasukan Khas Menangani Isu FELDA siap untuk dibentangk­an kepada Kabinet, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, ia disiapkan selepas beberapa sesi libat urus diadakan termasuk bersama pihak pengurusan FELDA.

“Kita hampir ke penghujung, kita dalam proses untuk pergi kepada Kabinet dan membin- cangkan perkara itu dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui media di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perbincang­an Meja Bulat Majlis Tindakan Ekonomi (Eac)-pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Pembasmian Kemiskinan dan Menangani Kerentanan dalam Norma Baharu di sini.

Laporan pasukan khas itu dibuat susulan pembentang­an kertas putih Ke Arah Kelestaria­n FELDA di Parlimen pada April tahun lalu.

Mustapa berkata, laporan itu sudah dikemukaka­n oleh pengerusi pasukan khas berkenaan, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

“Pelbagai cadangan dibuat, tetapi yang penting adalah untuk dua perkara iaitu menyelesai­kan beberapa masalah jangka pendek khususnya aliran tunai yang dihadapi FELDA serta memastikan ia menjadi sebuah organisasi yang lestari,” katanya.

Beliau berkata, bagi merealisas­ikan dua perkara itu, penting untuk meneliti model baharu FELDA.

Pada Julai lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahka­n penubuhan pasukan petugas khas bagi mencari kaedah terbaik untuk memastikan kemapanan kewangan dan kelestaria­n FELDA.

Sementara itu, Mustapa berkata, pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) baharu akan diperkenal­kan tahun depan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKE-12) supaya pendekatan membasmi kemiskinan lebih bersasar.

Menangani masalah kemiskinan dengan lebih berkesan adalah antara agenda utama dalam RMKE-12,” katanya.

Pada Julai lalu, Malaysia menyemak semula had PGK kepada RM2,208 berbanding kadar RM980 yang diguna pakai sejak 2005.

Mustapa berkata, PGK pada

RM2,208 ketika ini adalah mengikut negeri, bandar dan luar bandar, namun pendekatan bersasar dan lebih fokus diperlukan supaya masalah kemiskinan dapat ditangani dengan lebih berkesan.

“Yang penting kita lebih berfokus, umpamanya (sekarang) kita ada B1, B2, B3 dan B4. Dulu B40 satu kategori, sekarang kita ada empat komponen,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan kini dalam proses sesi libat urus dengan pelbagai pemegang taruh untuk mendapatka­n pandangan bagi mengkaji PGK.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Mustapa merasmikan Perbincang­an Meja Bulat EAC - PBB mengenai Pembasmian Kemiskinan dan Menangani Kerentanan dalam Norma Baharu di Putrajaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Mustapa merasmikan Perbincang­an Meja Bulat EAC - PBB mengenai Pembasmian Kemiskinan dan Menangani Kerentanan dalam Norma Baharu di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia