Berita Harian

KEMAS mahu wujudkan TABIKA elit

-

Alor Gajah: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan mewujudkan taman bimbingan kanak-kanak (TABIKA) elit, sejajar kemajuan pendidikan awal kanak-kanak, terutama konsep kelas pintar.

Timbalan Menteri I, Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, berkata kertas kerja penubuhann­ya sudah siap dan akan diperinci sebelum dibentang pada mesyuarat Jemaah Menteri.

Katanya, TABIKA berkenaan untuk murid dari keluarga mempunyai kemampuan kewangan kerana yurannya lebih tinggi, berbanding yuran TABIKA KEMAS antara RM5 hingga RM25 sebulan.

“Kita tidak paksa ibu bapa menghantar anak ke TABIKA elit kerana 10,900 TABIKA biasa masih beroperasi, tetapi TABIKA elit menyediaka­n kurikulum lebih baik, berbanding yang biasa.

“Jika Kabinet bersetuju, kita akan wujudkan projek perintis di kawasan tertentu khusus untuk ibu bapa daripada golongan berpendapa­tan 40 peratus pertengaha­n (M40),” katanya selepas menyampaik­an Sijil Pendidikan

Awal Kanak-kanak 2020 kepada 222 pelatih KEMAS, di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KEMAS, Ahmad Kamal Idris Nawawi dan

Pengarah Bahagian Latihan dan Pembanguna­n Profesiona­l KEMAS, Nor’ein Abdul Shukor.

Pelatih memiliki Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dan menjalani latihan tiga bulan bagi melayakkan mereka dilantik sebagai Penolong Pegawai Pembanguna­n Masyarakat (Pendidik Masyarakat) Gred S29 kontrak.

Abdul Rahman berkata, TABIKA elit lanjutan daripada kejayaan KEMAS menyediaka­n modul pembelajar­an sains, teknologi, agama, kejurutera­an, seni dan matematik (E-STREAM) yang dilaksanak­an di 150 TABIKA KEMAS.

“Modul itu diterapkan dalam konsep kelas pintar dalam pembelajar­an awal kanak-kanak abad ke-21 di TABIKA berkenaan,” katanya.

Dalam hal berkaitan, Abdul Rahman berkata, kementeria­n sudah membelanja­kan RM23 juta untuk pembaikan, menaik taraf dan membina TABIKA KEMAS baharu tahun ini.

 ?? BERNAMA) ?? Abdul Rahman menyampaik­an Anugerah Kokurikulu­m dan Kepimpinan Terbaik Taska PLK Melaka kepada Norashila Maarupi pada Majlis Penutup dan Penyampaia­n SPAK TABIKA/TASKA 2020 di Alor Gajah.(foto
BERNAMA) Abdul Rahman menyampaik­an Anugerah Kokurikulu­m dan Kepimpinan Terbaik Taska PLK Melaka kepada Norashila Maarupi pada Majlis Penutup dan Penyampaia­n SPAK TABIKA/TASKA 2020 di Alor Gajah.(foto

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia