Berita Harian

2 penjawat awam dituduh terima suapan RM22,000

-

Alor Setar: Dua kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Kecil Pengkalan Hulu, Perak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan menerima suapan wang tunai RM22,000, pada 2013.

Tertuduh, Idris Mohamad, 61, dan Mohd Hamdi Raghali, 39, memahami pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mengikut pertuduhan, Idris yang bertugas sebagai Penghantar Notis didakwa menerima suapan wang tunai RM22,000 daripada Chong Choi Nam, 63, sebagai upah bagi menyerahka­n geran tanah lot di RTP Selarong, Pengkalan Hulu.

Dia didapati melakukan kesalahan itu di Hotel Seri Baling Inn, pada jam 7 malam, 4 Disember 2013.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.

Bagi pertuduhan bersama, Idris dan Mohd Hamdi yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir didakwa menerima suapan wang tunai RM22,000 daripada individu sama bagi menyerahka­n geran tanah lot di RTP Selarong.

Mereka melakukan kesalahan itu di Restoran Abang Lee Nasi Ayam Payung Besar, Baling pada jam 4.25 petang, 5 Disember 2013.

Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 16(a)(b) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sew Ping, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Muhammad Farhan Ahmad Fadzil.

Muhammad Farhan dalam rayuannya, meminta mahkamah menetapkan ikan jamin rendah ke atas Idris berikutan dia sudah bersara dan hanya menerima wang pencen bulanan RM1,000 bagi menyara keluarga.

Beliau berkata, Mohd Hamdi pula masih bertugas sebagai kakitangan awam dan hanya menerima gaji bulanan kira-kira RM2,000 dan mempunyai lima tanggungan.

Murtazadi kemudian membenarka­n Idris diikat jamin RM20,000 dan Mohd Hamdi RM10,000 selain kedua-duanya perlu menyerahka­n dokumen perjalanan dan melapor diri setiap bulan ke Pejabat SPRM terdekat.

Mahkamah menetapkan 2 November ini bagi sebutan semula kes. yang dibenarkan mahkamah terhadap Idris, manakala Mohd Hamdi RM10,000

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia