Berita Harian

Bekas CEO, remisier bebas tuduhan

Selepas teliti hujahan peguam, mahkamah dapati sabitan tidak selamat

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) APL Industries Bhd (APLI), Datuk Seri Stanley Thai, dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan menyampaik­an maklumat sulit saham syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar negara itu, 13 tahun lalu.

Pesuruhjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid, membuat keputusan itu selepas membenarka­n rayuan Stanley atau nama sebenarnya Thai Kim Sim, yang diwakili peguam, Shamsul Sulaiman.

Mahkamah turut melepas dan membebaska­n seorang remisier, Tiong Kiong Choon, yang didakwa mempunyai maklumat dalaman APLI, menjual dua unit saham syarikat berkenaan kepada dua individu.

Pada 24 November 2017, Stanley dihukum penjara lima tahun dan denda RM5 juta oleh Mahkamah Sesyen, manakala Kiong Choon dihukum penjara lima tahun dan denda RM10 juta selepas

Stanley Thai (tengah)

didapati bersalah melakukan kesalahan itu.

Azhar yang membenarka­n rayuan kedua-dua tertuduh, berkata selepas meneliti hujahan peguam, mahkamah mendapati bahawa sabitan terhadap mereka adalah tidak selamat.

Katanya, mahkamah sehubungan itu mengetepik­an sabitan dan hukuman terhadap Stanley dan Kiong Choon.

“Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah dapati sabitan adalah tidak selamat.

“Dengan itu, sabitan dan hukuman itu diketepika­n, denda dikembalik­an kepada tertuduh,” katanya.

Turut hadir pada prosiding itu ialah Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia,

Mohd Hafiz Mohd Yusof, manakala Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili Kiong Choon.

Stanley didakwa menyampaik­an kepada Kiong Choon maklumat yang tidak boleh didapati secara umum di mana sekiranya didapati secara umum, seseorang akan menjangka ia mempunyai kesan material ke atas nilai saham APLI dan tertuduh semunasaba­hnya mengetahui maklumat itu tidak boleh didapati secara umum pada 26 dan 29 Oktober 2007.

Kiong Choon pula didakwa dengan dua tuduhan iaitu dia yang ketika itu mempunyai maklumat dalaman, menjual masing-masing 2,205,500 dan 4,003,000 unit saham APLI melalui akaun milik dua individu pada 28 Oktober 2007 dan 29 Oktober 2007.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? semalam. hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,
(Foto BERNAMA) semalam. hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia