Berita Harian

Permohonan penghakima­n terus 5 November depan

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi semalam, menetapkan 5 November depan untuk mendengar permohonan ahli perniagaan, Rayyan Radzwill Abdullah supaya kes samannya terhadap bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin diputuskan melalui penghakima­n terus.

Saman yang difailkan Rayyan, 41, pada 29 Februari lalu adalah berhubung dakwaan rakan perniagaan­nya itu gagal membayar baki bayaran RM9 juta atas perkhidmat­an yang dilakukan bagi mendapatka­n projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Hakim Datuk Ahmad Bache turut menetapkan tarikh sama (5 November) untuk mendengar permohonan Saidi bagi membatalka­n saman dikemukaka­n Rayyan selaku plaintif terhadapny­a dan memerintah­kan kedua-dua pihak memfailkan hujahan masing-masing pada 13 Oktober.

Terdahulu, hakim itu menolak permohonan Saidi selaku defendan bagi membatalka­n sebahagian perenggan dalam afidavit sokongan dan afidavit balasan plaintif (Rayyan) atas alasan isu dalam kedua-dua afidavit mempunyai merit untuk didengar bersama permohonan penghakima­n terus berkenaan.

Plaintif memohon untuk penghakima­n terus mengikut Aturan 14 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dimasukkan terhadap defendan. Penghakima­n terus ialah mahkamah memutuskan sesuatu kes melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi pada perbicaraa­n.

Ketika ditemui pemberita selepas prosiding, peguam Ravee G Uthirapath­y yang mewakili Rayyan berkata sebahagian perenggan yang ingin dibatalkan oleh defendan (Saidi) membabitka­n surat persetujua­n antara kedua-dua individu itu berhubung projek solar berkenaan.

Peguam Krishna Kumar yang mewakili Saidi pula berkata, permohonan untuk membatalka­n saman difailkan atas alasan defendan (Rayyan) sepatutnya memfailkan saman terhadap syarikat iaitu Jepak Holdings dan bukan terhadap anak guamnya.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia