Berita Harian

Tindakan undang-undang selepas siasatan penuh

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kerja Raya perlu menunggu laporan siasatan penuh berhubung insiden kereta ditimpa batu konkrit terjatuh daripada struktur pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-ulu Kelang (SUKE), 19 September lalu, bagi mempertimb­angkan tindakan yang boleh diambil mengikut undang-undang bersesuaia­n.

Menteri Kanan (Kerja Raya), Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata perkara berkenaan membabitka­n tiga pihak, iaitu Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kita perlu tunggu sebab ada banyak undang-undang, iaitu bawah CIDB, DOSH dan PBT, justeru tidak tahu mana satu undang-undang diguna pakai.

“Kementeria­n tidak campur hal siasatan dan setakat ini, tiada tempoh bila laporan penuh diterima.

“Jika siasatan ini kompleks, ia mungkin akan mengambil masa lebih lama,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Pelan Strategik Jabatan Kerja Raya (JKR) 2021-2025 di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), di sini, semalam.

Dalam insiden berhampira­n Bandar Tasik Selatan itu, seorang wanita nyaris maut apabila kereta dipandunya ditimpa batu konkrit yang terjatuh di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Ditanya sama ada projek pembinaan lebuh raya di Lembah

Klang boleh dijalankan berperingk­at bagi mengurangk­an risiko terhadap keselamata­n pengguna jalan raya dan kesesakan trafik, Fadillah berkata, perkara itu memerlukan perbincang­an menyeluruh membabitka­n semua pemegang taruh dan agensi pelaksana.

“Sektor pembinaan ini membabitka­n pelbagai pihak, iaitu Kementeria­n Kerja Raya, Kementeria­n Kewangan dan dalam konteks Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempunyai pembanguna­n strategik kawasan mereka.

“Jika projek pembinaan dilaksanak­an berperingk­at, kadangkala ia tidak akan dapat menyelesai­kan keseluruha­n pelan induk pembanguna­n di kawasan perbandara­n itu,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Fadillah melancarka­n Pelan Strategik JKR 2021-2025 di Menara LPP, di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto BERNAMA) Fadillah melancarka­n Pelan Strategik JKR 2021-2025 di Menara LPP, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia