Berita Harian

Suspek curi kereta ditahan hari sama

-

Tular di media sosial

Temerloh: Suspek lelaki yang mencuri kereta di stesen minyak di Mentakab kelmarin, ditahan polis di Subang Jaya, pada hari sama, selepas rakaman sistem liter tertutup (CCTV) dikongsi netizen tular melalui laman sosial, Facebook dan Whatsapp.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman, berkata, suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Selangor, pada jam 1 petang kelmarin.

“Sebaik menerima laporan daripada mangsa, polis menjalanka­n siasatan di tempat kejadian dan meneliti CCTV di stesen minyak berkenaan.

“Hasil siasatan polis mengenal pasti identiti suspek dan meminta bantuan balai polis lain untuk membantu mengesanny­a.

“Suspek yang memiliki rekod jenayah lampau membabitka­n penyalahgu­naan dadah akhirnya berjaya ditahan oleh anggota polis IPD Subang Jaya, kelmarin,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam kejadian pada jam 8 pagi semalam, kereta milik mangsa yang juga seorang pelajar berusia 20 tahun, dilarikan suspek ketika mangsa mengisi minyak.

Mangsa yang tidak mematikan enjin kenderaan ketika mengisi minyak turut cedera akibat terjatuh ketika cuba mengejar suspek yang sedang melarikan kereta miliknya.

Mohd Yusri berkata, suspek dibawa ke IPD Temerloh untuk disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Mohd Yusri menasihatk­an orang ramai supaya lebih berhati-hati dan peka dengan persekitar­an mereka setiap kali berurusan di stesen minyak bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Katanya, pengguna diingatkan supaya mematikan enjin kenderaan apabila ingin mengisi minyak dan mengunci kereta bagi tujuan keselamata­n.

 ?? (Foto insan pembaca) ?? kelmarin. pemilik kereta diseret selepas kenderaan dilarikan suspek di stesen minyak di Mentakab,
(Foto insan pembaca) kelmarin. pemilik kereta diseret selepas kenderaan dilarikan suspek di stesen minyak di Mentakab,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia