Berita Harian

Polis rampas 2,200 botol ubat batuk

-

Tumpat: Polis merampas 2,200 botol ubat batuk dalam muatan sebuah kereta pacuan empat roda selepas polis mengekori kenderaan itu sejauh tiga kilometer sebaik mengesan ia dipandu dalam keadaan mencurigak­an, di Kampung Bahagia, Chabang Empat, di sini.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superinten­dan Ab Rashid Mat Daud berkata, dalam kejadian jam 6.20 petang Sabtu lalu itu, anggotanya yang sedang menjalanka­n rondaan unit kereta peronda (MPV) berselisih dengan kenderaan itu yang dipandu laju di Kampung Periok.

“Anggota kami kemudian membuat pusingan U dan mengekori kenderaan terbabit sebelum berjaya mengesanny­a 25 minit kemudian dalam keadaan tidak berkunci dan tiada individu di dalamnya.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati 22 kotak berwarna coklat terdapat dalam kenderaan itu dipercayai ubat batuk yang dianggarka­n bernilai RM22,000,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, di sini, semalam.

Ab Rashid berkata, siasatan lanjut sedang dibuat bagi mengenal pasti pemilik ubat batuk terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu, Ab Rashid berkata, dalam serbuan berasingan pada petang Khamis lalu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Tumpat dan Balai Polis Wakaf Bharu membuat serbuan di sebuah premis di Wakaf Bharu dan menemui tujuh botol berisi heroin seberat 29 gram.

“Serbuan jam 2.10 petang di tingkat atas premis yang disewa itu dan menahan tiga lelaki berusia sekitar 30 hingga 48 tahun.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut menemui satu botol plastik cerah bertudung kuning dan satu kotak 'power bank' yang mengandung­i tujuh lagi botol yang sama iaitu berisi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin," katanya.

Ab Rashid berkata, turut ditemui ialah enam biji pil kuda kemerahan dipercayai pil kuda dan rampasan keseluruha­n dianggarka­n bernilai RM13,060.

Hasil ujian saringan mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methampeth­amine dan opiate dan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Kita percaya kesemua mereka adalah pengedar dadah dan aktif sejak beberapa bulan lalu malah akan teruskan siasatan bagi mengenal pasti punca bekalan dadah yang dirampas.

“Kesemua suspek ditahan reman 10 hari, bermula 25 September hingga 4 Oktober depan dan disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952 dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Ab Rashid bersama anggota polis menunjukka­n ubat batuk yang dirampas di Kampung Bahagia, Chabang Empat, Tumpat.
(Foto BERNAMA) Ab Rashid bersama anggota polis menunjukka­n ubat batuk yang dirampas di Kampung Bahagia, Chabang Empat, Tumpat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia