Berita Harian

KPKT sedia bina semula flat Taman Seri Berembang

Selangor diminta bantu tangani isu kediaman retak

- Oleh Norzamira Che Noh bhnews@bh.com.my

Pelabuhan Klang: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meminta kerjasama Kerajaan Selangor bagi menyelesai­kan masalah bangunan flat Taman Seri Berembang yang kini dalam kritikal.

Sebuah blok di flat berusia 22 tahun itu kini mengalami keretakan serius dan tidak selamat didiami.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata KPKT bersedia membina penempatan baharu untuk penduduk terjejas, namun kerajaan negeri menyediaka­n tapak bagi pembinaan itu.

“Pembinaan semula perlu dilakukan kerana flat berkenaan mengalami kerosakan struktur yang mana jika kita membuat baik pulih, ia akan menghasilk­an kesan ‘domino’ yang turut menjejaska­n keseluruha­n blok di taman itu.

“Kita boleh membina semula penempatan baharu dengan anggaran kos (pembinaan semula) RM50 juta, namun kita meminta Selangor menyediaka­n tanah.

“Sebanyak 30 rumah dikesan mengalami keretakan dan kerosakan teruk, jadi kita mahu 30 keluarga ini dipindahka­n ke mana-mana rumah Selangorku berdekatan,” katanya selepas mengadakan lawatan ke flat berkenaan, semalam.

Beliau berkata, kementeria­n itu tidak mempunyai rumah di kawasan berdekatan, menyebabka­n kerjasama kerajaan negeri diperlukan bagi memastikan 30 keluarga itu tinggal di kediaman lebih selamat.

Katanya, mesyuarat penyelaras­an juga perlu dibuat antara KPKT dan kerajaan negeri untuk berbincang mengenai penempatan semula penduduk terbabit.

“Sekiranya projek ini berjaya dilakukan, ia menjadi model KPKT dalam pembanguna­n semula rumah kos rendah berusia lebih 30 tahun,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Zuraida melihat struktur tiang Pelabuhan Klang, semalam. yang rosak ketika membuat lawatan di Flat Sri Berembang,
(Foto BERNAMA) Zuraida melihat struktur tiang Pelabuhan Klang, semalam. yang rosak ketika membuat lawatan di Flat Sri Berembang,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia