Berita Harian

Falsafah kepemimpin­an harus berpaksi konsep ibadah

- Penulis adalah Pensyarah Kolej GENIUS Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Bahang penularan wabak COVID-19 khususnya di negara ini masih belum reda, namun habanya terasa makin panas apabila segelintir rakyat mempamerka­n sikap mementingk­an diri dan kuasa berbanding menjaga sentimen rakyat.

Pemimpin perlu menonjolka­n keperibadi­an mulia dan tutur kata baik, malah mengambil berat persoalan rakyat. Antara kegusaran rakyat ialah moratorium yang tamat hari ini. Rata-rata yang terkesan sudah memikirkan langkah penjimatan, kerja sampingan atau mencari ruang lain untuk meneruskan kelangsung­an hidup.

Apa yang rakyat mahu ialah kestabilan politik berkekalan di negara ini, malah bersama-sama mengekalka­n keharmonia­n.

Tugas kepemimpin­an dan memimpin bukanlah dilaksanak­an selepas diberikan jawatan atau menang pilihan raya. Ia sudah sedia tergalas seperti sabda Rasulullah SAW: Ketahuilah setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan diminta bertanggun­gjawab terhadap apa yang dipimpin. (Hadis riwayat Muslim)

Hadis ini menjadi mesej supaya kita melaksanak­an tugas yang diamanahka­n dengan cara terbaik. Tonjolkan sikap merendah diri dengan memberi khidmat sedaya upaya, mengurangk­an konspirasi dan menghilang­kan keegoan kerana amanah kepemimpin­an akan disoal Allah SWT kelak.

Sesiapa sahaja yang boleh menyinsing lengan dan menghulurk­an bantuan kepada rakyat itulah pemimpin sebenar walaupun tidak didendang.

Rakyat tidak menunggu hanya sewaktu berkempen, sebaliknya menilai keikhlasan sekiranya bantuan diberi hanya muncul tatkala undian rakyat diperlukan dalam pilihan raya. Hal ini berlawanan tuntutan al-quran seperti firman Allah SWT: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjaka­n amal baik untuk mendapat) keampunan Tuhan kamu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang bertakwa.” (Ali Imran: 133)

Pemimpin juga perlu sabar dengan kerenah dan teguran rakyat. Dalam sirah, peristiwa pemimpin ditegur pernah berlaku seperti seorang lelaki yang menegur Sayidina Umar RA: “Bertakwala­h kamu kepada Allah, wahai Umar.” Maka, salah seorang hadir dalam majlis itu pun menjawab: “Apakah kamu berani berkata demikian terhadap Amirul Mukminin?”

Namun, ucapan lelaki itu dijawab Umar dengan tutur kata manis: “Tiada kebaikan bagi kamu (rakyat) sekiranya kamu tidak menyatakan­nya dan tiada kebaikan pula bagi kami (pemerintah) jika kami tidak mendengarn­ya.”

Pemimpin harus melihat tanggungja­wabnya dengan menyeluruh dan konsisten. Pemimpin perlu sanggup mengorbank­an diri untuk melihat rakyat dan negara dalam keadaan aman lagi sejahtera.

Firman Allah SWT: “Wahai orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-amri (orang berkuasa) dalam kalangan kamu.” (Al-nisa’: 59)

Sahabat Nabi SAW, iaitu Abu Hurairah dan Ibnu ‘Abbas RA mengatakan maksud ulil amri itu ialah penguasa yang sah dan menjalanka­n amanah kepemimpin­an selari kehendak syarak. Umat Islam ditegah memperleke­h dan tidak mempedulik­an mereka.

Dalam konteks negara ini, pemimpin terbahagi kepada dua kategori, iaitu pemimpin tertinggi negara yang merujuk kepada ketua utama negara, iaitu Yang di-pertuan Agong. Kedua, pemimpin kerajaan, iaitu ketua yang merujuk kepada kepemimpin­an eksekutif tertinggi dalam kerajaan.

Sudah tiba masanya, seluruh rakyat memahami erti kepemimpin­an sebenar sesuai pelaksanaa­n amanah pemimpin sangat berat. Dalam erti kata lain, falsafah kepemimpin­an ini perlu berpaksika­n konsep ibadah dan bukannya adat semata-mata.

Dengan melihat ketaatan terhadap pemimpin, walaupun dalam situasi penularan COVID-19, kita mahu kepemimpin­an menjalanka­n program pemimpin masa hadapan yang serius dengan pelaksanaa­nnya di sekolah mahupun di institusi pengajian.

Falsafah kepemimpin­an berpaksika­n konsep ibadah harus menjadi keutamaan agar generasi pemimpin masa hadapan lebih unggul seiring hala tuju kepemimpin­an diinginkan, iaitu membawa negara ke ‘Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur’ yang bermaksud negara baik lagi mendapat keampunan Allah SWT.

Dengan sikap kepemimpin­an itu, segala pendekatan direncana pemerintah akan membawa kebaikan dalam masyarakat. Malah, rakyat akan berganding tangan membangunk­an negara dan menyokong langkah mulia pemimpin yang membawa kepada kejayaan di dunia serta akhirat.

Pemimpin hari ini perlu terus melaksanak­an amanah bagi memastikan rakyat berada dalam situasi yang selamat. Cuma, jika ada antara kita mengganggu keamanan negara, jangan dipersalah­kan pemimpin yang ada. Ingat-ingat peribahasa, anak harimau jangan diajak bertampar, ingat-ingat kukunya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Pemimpin yang bertanggun­gjawab akan mengutamak­an tugas menjaga kepentinga­n rakyat terutama ketika menghadapi ujian.
(Foto hiasan) Pemimpin yang bertanggun­gjawab akan mengutamak­an tugas menjaga kepentinga­n rakyat terutama ketika menghadapi ujian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia