Berita Harian

Sentiasa berdoa ketika susah, senang

-

Kuasa sebuah doa itu amat luar biasa hingga tidak hairanlah Rasulullah SAW mengibarat­kannya sebagai senjata orang beriman dalam hadis diriwayatk­an Hakim.

Sudah tentu setiap manusia mengimpika­n supaya setiap impian, harapan dan niat itu, diperkenan­kan Allah SWT.

Firman Allah SWT: “Berdoalah kamu kepada Aku. Nescaya Aku perkenanka­n doa permohonan kamu.” (Ghafir: 60)

Dalam satu hadis Rasulullah SAW memperinci­kan sesebuah doa itu akan dimakbulka­n Allah SWT melalui pelbagai cara, iaitu apa yang dihajati mungkin akan diperkenan­kan di dunia, ada ketika Allah SWT menangguhk­an dan menyimpann­ya untuk hari akhirat kelak.

Antara lain, antara cara Allah SWT memakbulka­n doa dengan menghindar­kan manusia itu daripada melalui musibah atau ujian.

Disebabkan itu, usah sesekali timbul keraguan mengenai kehebatan sebuah doa dan jangan pula hanya menadah tangan berdoa ketika berasa benar-benar terdesak.

Justeru, tidak wajar kita hanya berdoa ketika sedang sakit dan dirundung kesedihan atau berdepan situasi orang sekeliling tidak dapat memberikan bantuan.

Sebaliknya, kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah SWT ketika sihat dan senang, sekali gus menjadi antara tanda kita sentiasa mengingati-nya pada semua keadaan.

Menurut ulama, ada pelbagai keadaan di mana doa akan dimakbulka­n. Misalnya berdoa ketika bangun pada waktu tengah malam untuk bermunajaa­t kepada Allah SWT.

Sabda Nabi Muhammad SAW: “(Cahaya rahmat) Allah SWT turun setiap malam ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir. Ia berkata: Sesiapa yang berdoa kepada Aku, maka Aku akan memakbulka­nnya. Sesiapa yang meminta kepada-ku, Aku akan berikan. Sesiapa yang beristighf­ar kepada-ku, Aku akan mengampunk­aninya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Selain itu, antara waktu mustajab doa adalah ketika sujud di dalam solat.

Nabi SAW bersabda: “Sehampir-hampir kepada Tuhannya adalah ketika waktu sujud. Maka perbanyakk­anlah berdoa kepada Allah.” (HR Muslim)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia