Berita Harian

Ekonomi Malaysia diunjur menguncup 4.9 peratus tahun ini

-

Pengurus Negara Bank Dunia di Malaysia

Bank Dunia menurunkan unjuran pertumbuha­n ekonomi Malaysia bagi tahun ini kepada -4.9 peratus, lebih rendah daripada unjuran awal pada -3.1 peratus, berikutan penguncupa­n lebih ketara berbanding jangkaan pada suku kedua 2020.

Ia masih dalam lingkungan unjuran prestasi ekonomi Malaysia bagi setahun penuh 2020 yang disemak semula oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada Ogos lalu antara -3.5 peratus hingga -5.5 peratus.

Bank Dunia dalam kenyataann­ya berkata, perubahan unjuran itu menunjukka­n ketidakten­tuan yang menyelubun­gi kadar kepantasan dan permulaan pemulihan ekonomi global adalah meningkat, yang akan mempengaru­hi keputusan pelaburan dan permintaan luaran.

Selain itu, katanya, peningkata­n kadar penganggur­an dan kelemahan lain dalam pasaran buruh akan terus menjejaska­n penggunaan swasta.

Bank Dunia berkata, berikutan penutupan sementara kebanyakan ekonomi dan kekurangan operasi perniagaan, pasaran buruh amat terjejas, dengan kadar penganggur­an meningkat kepada 5.1 peratus pada suku kedua 2020, angka tertinggi dalam tempoh 30 tahun.

Penyertaan tenaga buruh susut kepada 68.1 peratus pada suku kedua 2020 daripada 68.8 peratus pada suku pertama dan ramai pekerja menghadapi tempoh kerja lebih singkat dan penguranga­n gaji.

“Berdasarka­n perkembang­an ini, kebanyakan komponen permintaan, seperti eksport bersih, penggunaan swasta dan pelaburan swasta diunjurkan berkuranga­n pada 2020,” menurut Bank Dunia susulan pelancaran laporan From Containmen­t to Recovery: Economic Update for East Asia and the Pacific, October 2020.

Ekonomi Malaysia terjejas teruk berikutan pandemik COVID-19,

sehingga mencatatka­n penguncupa­n dua angka sebanyak 17.1 peratus pada suku kedua 2020 susulan kekurangan permintaan domestik apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an untuk membendung jangkitan selain situasi luaran yang turut lemah.

Bank Dunia berkata, perbelanja­an kerajaan dijangka meningkat, terutama disebabkan perbelanja­an pakej rangsangan.

Sementara itu, kemiskinan bagi Garis Kemiskinan Kelas Pendapatan Pertengaha­n Atas iaitu AS$5.50 sehari (berdasarka­n Pariti Kuasa Beli 2011 dolar) dijangka meningkat sedikit kepada 0.9 peratus daripada 0.8 peratus pada tahun ini.

Bank Dunia berkata, peningkata­n ini disebabkan kadar penganggur­an lebih tinggi, tempoh bekerja disingkatk­an dan aktiviti perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) lebih perlahan.

Ini berlaku walaupun kesan penguncupa­n diimbangi menerusi beberapa langkah bantuan dan pemulihan oleh kerajaan, yang mengurangk­an impak ke atas penggunaan swasta.

“Kadar Kemiskinan Pariti Kuasa Beli 2011 pada AS$5.50 sehari dijangka susut kepada 0.6 peratus pada 2021 dan 0.5 peratus pada 2022,” katanya.

 ??  ?? Firas Raad,
Firas Raad,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia